Komunikasi Data dan Rangkaian Komputer
Rangkaian Komputer
Rangkaian komputer adalah sekumpulan komputer yang dihubungkan bersama untuk membolehkan perkongsian dan pertukaran data boleh dilakukan. Rangkaian komputer boleh melibatkan dalam kelompok yang dekat (LAN), satu kawasan yang sederhana (MAN) atau jarak jauh (WAN).
Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)
LAN adalah rangkaian komputer dalam jarak yang dekat seperti dalam bilik yang sama, dalam satu bangunan atau di antara bangunan yang berhampiran.
LAN hanya menggunakan satu talian komunikasi. Fenomena ini menyebabkan hanya satu data sahaja yang boleh dipindahkan dalam satu masa. Sungguhpun begitu, setiap terminal dalam LAN boleh diakses secara rawak menjadikan LAN dikenali juga sebagai Random Access Network.
Kelebihan LAN
Perkongsian Logikal
Berkongsi fail
Memindahkan fail dari komputer ke komputer
Berkongsi aplikasi dalam satu kumpulan
Akses fail dan maklumat yang disimpan di komputer lain
Menghantar mesej melalui e-mail
Perkongsian Fizikal
Berkongsi peranti dan alatan seperti pencetak, pemgimbas dan lain-lain
Piawaian LAN
Medium Access Contol (MAC) adalah sublayer bagi lapisan Data Link. Piawaian LAN terdapat di bahagian MAC adalah protokol untuk mengakses data dalam LAN. Piawaian yang digunakan untuk LAN ialah Multi Access Protocol (MAP). Di antara protokol LAN yang popular ialah CSMA/CD, Token Ring dan Token Bus
CMSA/CD (Carrier Sense Multiple Access)
Salah satu kaedah capaian data yang digunakan dalam LAN.
Carrier sense merujuk kepada keupayaan setiap terminal 'mendengar' sebelum menghantar frame. Bunyi boleh dikesan di atas talian jika terdapat frame di atasnya.
Multiple Access merujuk kepada terminal boleh mula menghantar data jika talian tiada frame. Keadaan talian tanpa frame di atasnya dikenali sebagai channel tidak sibuk (idle) dan jika terdapat frame di atas talian, ia dikenali sebagai channel sibuk (busy).
Collision Detection merujuk kepada keupayaan untuk mengesan perlanggaran jika terdapat dua frame di atas talian.
Jenis-jenis Operasi CSMA/CD
Terdapat 3 jenis operasi CSMA/CD :
1-persistent : Kebarangkalian penghantaran data ialah 1
Non- persistent
P-persistent : Operasi bergantung kepada masa yang diperuntukkan
Dalam ketiga-tiga keadaan di atas, terminal akan 'mendengar' sebelum menghantar iaitu proses sense the channel dilakukan terlebih dahulu. Perbezaan hanya berlaku dalam keadaan-keadaan yang ditunjukkan dalam jadual di bawah :
Keadaan tidak sibuk (idle) | Keadaan sibuk | Berlaku perlanggaran (collison) | |
1- Persistent | Penghantaran dilakukan | Terus 'mendengar' channel sehinggalah keadaan tidak sibuk barulah penghantaran dilakukan | Masa rawak digunakan
iaitu menunggu sehingga keadaan tidak sibuk barulah
penghantaran dilakukan. (Masa rawak ditentukan oleh CPU) |
Non-persistent | Penghantaran dilakukan | Masa rawak digunakan iaitu menunggu sehingga keadaan tidak sibuk barulah penghantaran dilakukan. | Masa rawak digunakan iaitu menunggu sehingga keadaan tidak sibuk barulah penghantaran dilakukan. |
P-persistent | Penghantaran dilakukan pada masa yang diperuntukan. Walaupun keadaan tidak sibuk penghantaran tidak akan dilakukan jika bukan pada masa yang diperuntukkan. | Menunggu sehingga ke masa yang diperuntukkan kemudian sense the channel, jika tidak sibuk penghantaran dilakukan | Masa rawak digunakan iaitu menunggu sehingga keadaan tidak sibuk barulah penghantaran dilakukan.Masa ini dikenali sebagai random slotted time |
Piawaian LAN diselaraskan oleh IEEE menggunakan nombor perpuluhan untuk mentakrifkan piawaian :
IEEE 802.3 : CSMA/CD
IEEE 802.4 : Token Bus
IEEE 802.5 : Token Ring
CSMA/CD vs ETHERNET
Disekitar tahaun 1970an, Xeroc, Intel dan DEC memperkenalkan piawaian Ethernet.
Perbezaan antara Ethernet dengan CSMA/CD ialah Ethernet adalah satu piawaian sementara CSMA/CD menggunakan piawaian IEEE 802.3.
Persamaan antara Ethernet dengan CSMA/CD ialah kedua-duanya menggunakan kaedah 1-persistent.
IEEE 802.3 (CSMA/CD)
Kaedah capaian data ini menggunakan spesifikasi Ethernet. Terdapat berbagai variasi dalam IEEE 802.3 yang berbeza dari segi penakrifan kabel, topologi logikal dan topologi fizikal. Walaupun berbagai variasi tetapi masih menggunakan kaedh capaian CSMA/CD. Antara variasi dalam IEEE 802.3 ialah :
10Base5 ,10Base2 yang membawa data dengan kadar 10Mbps menggunakan isyarat digital (baseband)
10Broad36 membawa data dengan kadar 10Mbps menggunakan isyarat analog (broadband)
10BaseT data dengan kadar 10Mbps menggunakan isyarat digital (baseband) menggunakan kabel UTP
100BaseT data dengan kadar 100Mbps menggunakan isyarat digital (baseband) dengan kabel UTP
10BaseF data dengan kadar 10Mbps menggunakan isyarat digital (baseband) dengan kabel fiber optik
Kabel | Jarak (m) | Nodes per segmen | |
10Base5 | Coaxial (Thick Ethernet) atau Cheapernet | 500 | 100 |
10Base2 | Coaxial (Thin Ethernet) atau Cheapernet | 200 | 30 |
10Broad36 | Coaxial | 3600 | 1024 |
10BaseT | UTP Cat 3 atau Cat 5 | 150 | 1024 |
100BaseT | UTP Cat 5 atau Cat 6 | 150 | 1024 |
10BaseF | Fiber optik | 2000 | 1024 |
Frame Format IEEE802.3
Preamble | Start Frame | Destination | Source | Length of field | Data | Pad | Checksum |
7 byte | 1 byte | 2 - 6 byte | 2 - 6 byte | 0 - 1550 byte | 2 byte | 0 - 46 byte | 4 byte |
Dalam Ethernet, Length of field diganti dengan Frame type field.
TOKEN BUS vs TOKEN RING
Jenis LAN | OSI | Fungsi | |
Repeater | Protokol yang sama | Fizikal | Menguatkan signal yang lemah bila jarak semakin jauh |
Bridge | Protokol yang berbeza | Fizikal dan Data Link | Boleh menyaring blok mesej yang dihantar jika destinasi tidak wujud. |
Router | Protokol yang sama tetapi lebih dari satu laluan untuk menghubungkan LAN. | Network | Menentukan laluan yang terbaik bagi penghantaran. BROUTER : Terdapat fungsi bridge bersama router. |
Gateway | Dua LAN yang tidak sama arkitekturnya | Application | Menukarkan protokol LAN supaya boleh menggunakan arkitektur yang berbeza. |
Switch | Dalam LAN yang sama | Switch traffic dari sumber ke destinasi supaya penghantaran lebih efisyen. Terkenal dalam WAN tetapi kini digunakan dalam LAN. Digunakan dalam ATM, 100AnyLAN dan Switched Ethernet, |
Bila paket yang besar melalui gateway, ia akan dipecahkan dan setiap bahagian dialamatkan kepada gateway keluar yang sama. Bahagian-bahagian ini akan dicantumkan pada gateway keluar yang sama.