BAHASA PENGATURCARAAN C

Manuskrip asal : 26 Oktober 1997
Diubahsuai pada : 23 Ogos 2002 

 
PENGENDALI DAN UNGKAPAN

Pengendali

Pengendali adalah perwakilan yang akan memaklumkan pengkompil tentang operasi terhadap pembolehubah-pembolehubah.
Terdapat beberapa jenis pengendali:

Umpukan

Digunakan untuk mengubah nilai sebarang pembolehubah. Pengendali ini dilambangkan oleh tanda = . Nilai pembolehubah di sebelah kiri berubah mengikut ungkapan di sebelah kanan.

x = 2; bermakna nilai x diwakili oleh nilai 2
x = x + 5; bermakna gantikan nilai x dengan nilai ungkapan x + 5
 
Pengecam tunggal di sebelah kiri, dikenali sebagai lvalue akan diwakili oleh suatu pembolehubah dengan nilai ungkapan di sebelah kanan. Umpukan lebih daripada satu pembolehubah dibenarkan tetapi kaedahnya ialah C akan menilai ungkapan paling kanan dan nilai ini diumpukkan kepada pembolehubah di sebelah kiri satu persatu.
x = 2; x = y = 2;
x + 1 = x; Umpukan ini tidak dibenarkan
a = b + 10 = c; ( Umpukan ini tidak dibenarkan)
 

Matematik

Terdapat 5 pengendali asas matematik:

+ Penambahan (Integer dan float)
 
- Penolakan (Integer dan float)
 
* Pendaraban (Integer dan float )
 
/ Bahagi (Integer dan float )
 
% Baki (Modulus) (Integer sahaja)
 
Keutamaan :
C akan melakukan operasi * dan / sebelum operasi - dan +
1 + 2 * 5 - Pengoperasian yang dilakukan ialah 2*5 = 10 dan kemudian 1 + 10 = 11

Umpukan Majmuk

Jika pengendali umpukan digabungkan dengan pengendali matematik, ia akan menghasilkan pengoperasian umpukan majmuk.
x += y; ( Tafsiran : x = x + y )
jumlah *= nombor; ( Tafsiran : jumlah = jumlah * nombor )
 
Penokokan dan penyusutan
Simbol ++ dan -- digunakan untuk menunjukkan pengoperasian tersebut yang bermakna tambah nilai integer dengan 1 atau tolak dengan 1.
Prapenokokan - x++; ( Tafsiran : x = x + 1)
Pascapenokokan ++x; ( Tafsiran : x = x + 1)
Prapenyusutan y--; ( Tafsiran : y = y - 1)
Pascapenyusutan --y; ( Tafsiran : y = y - 1) -Prapenyusutan

Bandingan dan logik

Pengoperasian jenis ini memberikan nilai 0 atau 1 ( 0=false (palsu), 1=true (benar ))

Pengoperasian bandingan digunakan untuk menentukan perkaitan antara sesuatu pengoperasian dengan pengoperasian yang lain.

> Lebih besar daripada
>= Lebih besar atau sama dengan
< Kurang daripada
<= Kurang atau sama dengan
= = Sama dengan
!= Tidak sama

Pengoperasian logik Kaitan antara operasi bandingan dengan operasi bandingan yang lain. Ungkapan bandingan yang digunakan ialah:

&& Dan
|| Atau
! Tidak
Keutamaan :
Susunan keutamaan dalam pengoperasian logik dan bandingan ialah Tertinggi : ! > >= <= && Terendah : ||

Operator bersyarat : Jika sesuatu ungkapan perlu diletakkan syarat tertentu, operator ungkapan yang digunakan ialah '?'

ungkapan 1? ungkapan 2: ungkapan 2;
Jika m = 5, maka (m >0)? 10:100
Keterangan :
Ungkapan m > 0 dilaksanakan dan didapati benar (1) maka output yang diberikan ialah 10. Sebaliknya jika ungkapan yang diberikan ialah ( m < 0) iaitu salah (0), maka output yangdiberikan ialah 100.
Indeks