Kemaskini
pada : 4 November 1998
BAB 2
1.0 ALGORITMA
-
Algoritma adalah set langkah-langkah
yang disusun secara berjujukan untuk menyelesaikan masalah.
-
Ia adalah kaedah yang sering digunakan
dalam membuat rancangan penyelesaian masalah yang sistematik.
-
Langkah-langkah yang terdapat
dalam algoritma kemudiannya diterjemahkan kepada aturcara komputer yang
akan menerangkan kepada komputer bagaimana memproses modul untuk menyelesaikan
sesuatu masalah.
Terdapat 3 bentuk perwakilan algoritma:
-
Kod pseudo
-
Carta aliran
-
Carta struktur
Kod pseudo
-
Ia adalah bahasa yang separuh
informal dengan tatabahasa yang terhad. Ia boleh menggunakan campuran bahasa
Malaysia, bahasa inggeris dan kod-kod bahasa Basic.
-
Sebelum menulis kod pseudo, analisis
keperluan bagi penyelesaian masalah tersebut perlu dikaji dengan jelas.
Idea ini kemudiannya barulah dipindahkan kepada kod pseudo.
Cart aliran
-
Proses logik yang menerangkan
perlaksanaan sesuatu aturcara melalui simbol-simbol piawai tertentu.
atau
-
Adalah perwakilan secara grafik
menggunakan simbol-simbol geometrik yang dihubungkan dengan garisan aliran.
atau
-
Carta aliran adalah terjemahan
secara grafik kod pseudo yang telah disediakan
Simbol yang digunakan ialah :
-
mula dan tamat
-
Proses
-
Input dan Output
-
Membuat keputusan
-
sambungan ke muka surat yang sama
-
sambungan ke muka surat yang lain
-
subrutin
-
arah aliran
Panduan melukis carta aliran yang
baik :
-
mula dari sudut atas sebelah kiri
-
lukisannya menegak
-
Ada arah aliran yang jelas
-
Jika ada cabangan dan arah aliran
kembali ke atas, lukis di sebelah kiri
-
Jika ada cabangan dan arah aliran
ke bawah, lukis di sebelah kanan
-
Jangan silangkan arah aliran
Latihan
Soalan 1
Diberi
a) n = 2 x 10 – 5
b) z = x + y
Sediakan kod pseudo dan carta
aliran bagi memaparkan jawapan bagi setiap masalah yang diberikan di atas
Soalan 2
Diberi c = a / b
a) Bina carta aliran bagi
memaparkan nilai c.
c) Sekiranya nilai b = 0,
aturcara hendaklah diberhentikan perlaksanaannya dan memaparkan mesej “Nilai
b = 0”, sebaliknya jika nilai b tidak sama dengan 0, nilai c akan dikira
dan dipaparkan jawapannya
Berdasarkan pernyataan di
atas, bina carta aliran yang sesuai.
Soalan 3
Diberi a = b - c
Sediakan kod pseudo dan carta
aliran bagi mencetak nilai a bagi 10 set data b dan c yang masukkan oleh
pengguna.
Diskusi jawapan :- e-mail
kepada : ha405@hotmail.com
Kembali
ke Menu Utama