Penyelesaian Masalah Berstruktur

Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, beberapa perkara perlu dicerakinkan untuk menjadikan penyelesaian lebih berstruktur. Mencerakinkan keperluan ini perlukan kefahaman tentang masalah yang diberikan. Oleh itu pernyataan masalah perlu diteliti dan diasingkan keperluan-keperluan secara kuantitatif. Proses ini dikenali sebagai Analisis Masalah atau Analisis Keperluan. Elemen yang diperlukan dalam analisis masalah ialah :

Jenis analisis

 

Output

  • Paparan
  • Cetakan

Input

  • Pemalar
  • Pembolehubah

Proses

  • Pengoperasian
  • Matematik
  • Perbandingan
  • Logik
  • Struktur kawalan
  • Jujukan
  • Pemilihan
  • Pengulangan
  • Gabungan struktur kawalan di atas

Setelah dikenalpasti keperluan untuk menyelesaikan masalah, langkah seterusnya iaitu menyediakan kod +pseudo dan carta aliran menjadi lebih mudah.

 

Contoh :

Tingkatan 5Cemerlang mempunyai 25 orang pelajar. Anda di minta menyediakan perisian untuk membantu guru kelas mereka menukarkan peratus markah peperiksaan Percubaan SPM ke dalam gred sepertimana di dalam jadual di bawah :

Markah

Gred

Lebih dari 100

Error

80 – 100

A

65 – 79

B

50 – 64

C

40 – 49

D

Kurang dari 40

Gagal

Analisis Masalah :

  1. Output : Nama dan Gred bagi markah peperiksaan
  2. Input : Nama pelajar dan markah
  3. Proses :
      1. Tiada pengoperasian yang terlibat
      2. Struktur kawalan yang terlibat :

- Jujukan

- Pemilihan – mengikut jadual berdasarkan markah yang diinput

- Pengulangan - untuk 25 kali (25 orang pelajar)

 Panduan :