BAB 5
PENGENALAN QBASIC

Sejarah Perkembangan Bahasa BASIC

Why BASIC?
QBASIC is a great starting language for the novice programmer. Struktur Aturcara QBASIC
Aturcara QBASIC hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya satu baris kenyataan. Baris kenyataan hendaklah terdiri dari : Ketiga-tiga bahagian ini hendaklah disusun mengikut tertib berikut :

                [pengenal baris] perkataan khas badan kenyataan
 
Pengenal baris 
1. Nombor baris   
  • integer positif dari 0 hingga 65529
  • nombor perpuluhan
2. Label baris   
  • bermula dengan huruf (A-Z, a-z)
  • diakhiri dengan kolon (:)
  • tidak melebihi 40 huruf
  • tidak boleh menggunakan perkataan khas QBASIC
Perkataan Khas QBASIC 
Katakekunci (keywords) yang digunakan dan difahami oleh penterjemah QBASIC.   
  • PRINT
  • INPUT
  • END
  • IF
  • THEN
  • ELSE
Badan Kenyataan 
1. Pemalar    
2.  Pembolehubah   
3. Ungkapan dan Operator   
4. Nombor baris atalu label baris   
5. Ruang kosong
 
Pemalar

Nilai yang tidak berubah di sepanjang perlaksanaan aturcara.
Terdapat 2 jenis pemalar : Pemalar Rentetan (alfanumerik) dan pemalar Numerik (Angka)
 
Pemalar Rentetan 
  • Terkandung dalam simbol "  "
Contoh : 
"Matrikulasi" 
" Matrikulasi IPDA - UUM" 
"25000"11111
Pemalar Numerik 
  • Pemalar integer
  • Pemalar tetap (Pemalar yang mempunyai titik perpuluhan.
Contoh : 
2, -20 ----> Pemalar integer 
1.55, -0.05 ---> Pemalar tetap

Pembolehubah

Nilai yang boleh berubah di sepanjang perlaksanaan aturcara.
Peraturan penamaan pembolehubah :

  1. Tidak melebihi 40 aksara
  2. Aksara pertama mestilah huruf
  3. Nama pembolehubah hendaklah diakhiri dengan simbol yang menentukan jenis data yang akan dimasukkan/ digunakan ($, % atau tanpa simbol)
  4. Tidak boleh menggunakan perkataan khas QBASIC
Terdapat 2 jenis pemalar : Pemalar Rentetan (alfanumerik) dan pemalar Numerik (Angka)
 
Pembolehubah Rentetan 
  • Menyimpan pemalar rentetan sahaja
  • Sebelum umpukkan nilai awalnya ialah null
  • Pengisytiharannya menggunakan simbol $ di akhir nama pembolehubah
Contoh : 
jantina$ 
negeri$ 
no.kadpengenalan$ 
poskod$ = "06000" 
gred.spm="2" 
 
 
 
 
 
 
 
Pembolehubah Numerik 
  • Terdapat 2 jenis pembolehubah numerik : Pembolehubah integer dan pembolehubah tetap.
  • Menyimpan pemalar numerik (integer atau titik perpuluhan).
  • Sebelum umpukkan nilai awalnya ialah sifar (0)
  • Pengisytiharannya bergantung kepada jenis pembolehubah numerik :
    • Pembolehubah integer : simbol %
    • Pembolehubah tetap : tanpa simbol 
Contoh : 
markah% 
purata 
pai = 3.14 
kaki.inci% = 12 
diskaun% = 20
 
Ungkapan dan Operator

Ungkapan terdiri dari pemalar, pembolehubah atau nilai tunggal hasil dari gabungan pemalar, pembolehubah bersama-sama dengan ungkapan lain oleh operator.

Contoh :
Ungkapan pemalar             :  12 + 30
Ungkapan pembolehubah   :  "Pelajar Matrikulasi IPDA-UUM"
Ungkapan nilai tunggal        : Perimeter = 2 x pai x jejari x jejari

Operator melakukan operasi matematik atau operasi logikal terhadap sesuatu nilai. Operasi dilakukan mengikut keutamaan (precedence). Jika keutamaannya sama, operasi dilakukan disebelah kiri dahulu dan yang terakhir dilakukan ialah disebelah kanan.
 
Operator Aritmatik
  1. Untuk pengiraan numerik
  2. Simbol yang digunakan dan keutamaan operasi (precedence):
    • Exponentiation (^)
    • Negation (-)
    • Multiplication and division (*, /)
    • Integer division (\)
    • Modulo arithmetic (MOD)
    • Addition and subtraction (+, -)
     
     
     
Operator Hubungan
  • Mebandingkan dua rentetan atau dua nilai numerik
  • Simbol yang digunakan dan keutamaannya :
    1. =
    2. >
    3. <
    4. <>
    5. <=
    6. >=
  • Ouput operator ini adalah benar (nilai bukan sifar) atau palsu (nilai sifar) 
Operator Logikal
  • Menguji syarat yang lebih kompleks.
  • Simbol yang digunakan dan keutamaanya :
    1. NOT
    2. AND
    3. OR
  • Ouput operator ini adalah benar (nilai bukan sifar) atau palsu (nilai sifar)
 
 
 


Latihan
Bab 5
Soalan
Tuliskan aturcara untuk menentukan nilai y jika y = 5 x 2 -1

Jawapan
10 LET y = 5 * 2 - 1
20 PRINT y
30 END

Soalan
Tuliskan aturcara untuk mencari nilai c jika c = a/b

Jawapan
5 CLS
10 INPUT a, b
20 LET c = a / b
30 PRINT c
40 END

atau
5 CLS
10 INPUT "masukkan 2 integer : ", a, b
20 LET c = a / b
30 PRINT a, "/", b, "=", c
40 END

atau
10 CLS
20 INPUT a%, b%
30 LET c = a% / b%
40 PRINT c%
50 END
 

Soalan
Tuliskan aturcara untuk input nama dan umur kemudian paparkan nama dan umur tersebut.

Jawapan
10 CLS
20 INPUT nama$, umur
30 PRINT nama$, umur
 
Soalan
Tuliskan aturcara mencari:
a) Nilai y di mana y = 4x2-1+10
b) Perimeter bulatan
c) Hasil tambah sebarang dua integer positif
d) Purata bagi 20 nombor  bulat yang pertama.

Soalan
Selesaikan
(a) A = 3 + 6 / 12 * 3
(b) 10 \ 4,
(c) 10 / 4,
(d) -32768.499# \ 10,
(e) -32768.499# / 10
(f) jawab1% = 10.4 \ 4
(g) jawab2% = 10.4 MOD 4
(h) A$ = "FILE": B$ = "NAME"
    PRINT A$ + B$
    PRINT "NEW " + A$ + B$
(i) "AA" < "AB"
    "FILENAME" = "FILE"+"NAME"
    "CL " > "CL"
    "kg" > "KG"
    "SMYTH" < "SMYTHE"
    B$ < "9/12/78"              'where B$ = "8/12/85"

Kembali ke Menu Utama