Soal-selidik tentang cara guru melayani diversiti dalam proses pengajaran dan pembelajaran

 

Cik/ Puan/ Tuan,

 

            Soal selidik ini bertujuan meninjau sejauh mana guru-guru dapat melayani diversiti dalam bilik darjah. Jawapan ikhlas tuan/ puan akan membolehkan pihak Jabatan Teknologi Pendidikan merancang bengkel dalaman. Terima kasih diucapkan atas kerjasama tuan/ puan.

 

Bahagian A       : Butir diri. (Sila isi butir anda atau potong yang tidak relevan)

 

1.       Jantina                                : ________________

2.       Kaum                                  : ________________

3.       Sekolah                              : Rendah/ Menengah

4.       Jenis Sekolah                      : Lelaki/ Perempuan/ Campuran (co-ed)

5.       Subjek diajar tahun ini

serta peringkat (tahun/

tingakatan)                                : ____________________________________________________

                                                  ____________________________________________________

6.       Subjek pernah diajar

serta peringkat               : ____________________________________________________

                                                  ____________________________________________________

7.       Pengalaman menagajar       

      (bilangan tahun)                   : ________________                             

 

 

Bahagian B       : Cara Melayani Diversiti (Kepelbagaian)

 

            Sila jawab soalan 1 dan 2 dengan cara menanda dengan huruf dan soalan yang lain dengan menandakan betul (Ö) pada ruang berkenaan. Ruang YA/S bermaksud YA atau SETUJU, ruang T/TS bermaksud TIDAK atau TIDAK SETUJU dan ruang TP bermaksud TIDAK PASTI. Jika terdapat beberapa  pilihan untuk satu item anda boleh memberi lebih dari satu jawapan.

 

1.       Berikut adalah beberapa sifat murid. Pada pandangan anda yang manakah merupakan sifat murid lelaki dan yang manakah sifat murid perempuan? Tandakan dengan menggunakan huruf “L” bagi sifat murid lelaki dan huruf “P” bagi sifat murid perempuan.

 

           

agresif

 

bergantung pada orang lain (dependent)  

 

Dominan

 

murah hati (generous)

 

penuh emosi (emotional)

 

peramah (sociable)       

 

suka bersaing (competitive)

 

mudah menurut perintah (compliant)

 

suka membela atau menjaga sesuatu (nurturing)

 

suka mengambil risiko

 

suka menolong (helpful)

 

                                               

                                                                                               

 

 

 

 

 

2.       Berikut adalah beberapa pekerjaan. Pada pandangan anda yang manakah merupakan pekerjaan yang sesuai untuk murid lelaki dan yang manakah sesuai untuk murid perempuan? Tandakan dengan huruf “P” bagi pekerjaan murid perempuan dan “L” bagi pekerjaan murid lelaki.

 

           

Doktor  

 

Eksekutif

 

Guru matematik di sekolah menengah

 

Guru sekolah rendah

 

Juruelektrik

 

Jururawat

 

Juruwang bank

 

Kerani

 

Mekanik

 

Peguam

 

Pembantu di pejabat peguam

 

Buruh binaan

 

Pekerja sosial

 

Penjaga rumahtangga (homemaker)

 

Penolong pergigian

 

Setiausaha

 

                       

 

3.       Secara semulajadi tahap kebolehan murid

perempuan dalam mata pelajaran berikut adalah

lebih rendah berbanding tahap kebolehan murid lelaki:

 

                       

 

YA/S

T/TS

TP

a)       Matematik

 

 

 

b)       Sains

 

 

 

c)       Pendidikan komputer

 

 

 

 

4.       Secara semulajadi tahap kebolehan murid

perempuan dalam mata pelajaran berikut adalah

lebih tinggi berbanding tahap kebolehan murid lelaki:

 

           

a)       Bahasa Malaysia

 

 

 

b)       Bahasa Inggeris

 

 

 

c)       Bahasa ibunda (jika relevan)

 

 

 

 

5.       Secara umum murid lelaki bersifat tidak emosi

 

 

 

6.       Secara umum murid lelaki tidak boleh menjaga orang lain sebaik murid perempuan

 

 

 

7.       Secara umum murid perempuan lebih intuitif (mengikut gerak hati) berbanding murid lelaki

 

 

 

8.       Secara umum murid perempuan kurang berkebolehan dalam kesedaran ruang berbanding murid lelaki

 

 

 

 

 

YA/S

T/TS

TP

9.       Setiap individu tidak kira jantina mempunyai keupayaan untuk belajar

 

 

 

 

10.   Guru-guru lebih banyak berinteraksi dengan murid lelaki berbanding murid perempuan

 

 

 

11.   Guru-guru lebih banyak menyoal murid lelaki berbanding murid perempuan

 

 

 

 

12.   Kebanyakan soalan yang guru-guru kemukakan kepada murid lelaki adalah dari kategori aras tinggi (kompleks dan abstrak)

 

 

 

 

13.   Kebanyakan soalan yang guru-guru kemukakan kepada murid perempuan adalah dari kategori aras rendah

 

 

 

14.   Murid perempuan mendapat pujian yang sedikit daripada guru berbanding dengan pujian yang banyak diperoleh daripada murid lelaki

 

 

 

 

15.   Guru-guru menujukan kebanyakan soalan mereka kepada murid lelaki pada hal murid perempuan lebih kerap mengemukakan soalan

 

 

 

16.   Guru-guru menujukan kebanyakan soalan mereka kepada murid lelaki pada hal murid perempuan lebih kerap menjawab soalan-soalan itu secara sukarela

 

 

 

17.   Lebih ramai murid lelaki kemukakan soalan secara sukarela kepada guru berbanding murid perempuan

 

 

 

18.   Lebih ramai murid lelaki memberi pendapat mereka secara sukarela apabila sesuatu perkara dibincangkan berbanding murid perempuan

 

 

 

 

19.   Apabila murid lelaki menyuarakan soalan atau jawapan mereka dengan cara lantang atau secara agresif, guru menerima kelakuan tersebut tanpa sebarang rungutan

 

 

 

 

 

20.   Murid perempuan yang menyorakkan jawapan dari jarak

yang jauh dari guru ditegur dengan alasan seperti berikut:

 

           

a)       jawapan berkenaan tidak diberikan mengikut giliran

 

 

 

b)       jawapan tidak didahului dengan mengangkat tangan untuk mendapat izin guru

 

 

 

c)       menyorakkan jawapan adalah amalan yang kurang sopan

 

 

 

d)       menyorakkan jawapan adalah kurang sesuai bagi murid perempuan

 

 

 

 

 

 

 

21.   Jawapan murid perempuan yang berdekatan dengan guru diterima walaupun bukan menurut giliran

 

 

 

           

 

22.   Guru-guru menerima jawapan yang tidak betul atau tidak

tepat daripada murid perempuan kerana :

 

           

 

YA/S

T/TS

TP

a)       guru berkenaan tidak sampai hati untuk mengecewakan atau melukakan hati mereka

 

 

 

b)       guru berkenaan ingin menggalakkan mereka

 

 

 

 

23.   Guru-guru tidak menerima jawapan yang tidak betul atau tidak tepat daripada murid perempuan tetapi sebaliknya menggalakkan mereka mencuba semula

 

 

 

24.   Biasanya guru-guru lebih banyak memuji murid-murid lelaki kerana sumbangan mereka berbanding murid perempuan

 

 

 

25.   Guru-guru lebih banyak mengiktiraf pencapaian murid lelaki berbanding dengan pencapain murid perempuan

 

 

 

26.   Guru-guru memberi perhatian yang lebih banyak kepada murid lelaki berbanding murid perempuan

 

 

 

27.   Guru-guru memuji murid lelaki kerana minat belajar dan atas pencapaian akademik, manakala mereka memuji murid perempuan kerana dapat berdiam diri dan menurut perintah

 

 

 

28.   Dalam penilaian kerja murid perempuan kekemasan lebih dipentingkan berbanding ketepatan atau kesesuaian isi

 

 

 

29.   Murid perempuan lebih dimarahi jika kerjanya comot, kotor atau kurang kemas jika dibandingkan dengan murid lelaki

 

 

 

30.   Murid perempuan lebih dipuji jika kerjanya kemas berbanding murid lelaki

 

 

 

31.   Jika menghadapi masalah dalam matapelajaran murid perempuan diberikan maklum balas (pembetulan) yang umum dan terhad tetapi dengan bantuan yang diberi murid berkenaan masih tidak dapat menyelesaikan dengan sendiri masalah yang dihadapi

 

 

 

32.   Murid lelaki lebih banyak digesa atau dibantu menjawab soalan lisan berbanding murid perempuan

 

 

 

33.   Jika menghadapi masalah dalam pembelajaran murid lelaki dibantu dengan penjelasan spesifik yang secukupnya sehingga dapat menyelesaikan dengan sendiri masalah berkenaan dan mencapai penguasaan(mastery) isi.

 

 

 

34.   Guru-guru Sains, Matematik dan Pendidikan Komputer lebih banyak memberi perhatian kepada murid lelaki berbanding murid perempuan

 

 

 

35.   Guru-guru Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris lebih banyak memberi perhatian kepada murid perempuan berbanding murid lelaki

 

 

 

 

 

 

 

 

36.   Jika didapati murid perempuan lemah dalam matapelajaran

seperti Sains, Matematik dan Pendidikan Komputer,

tindakan atau pendirian ramai guru adalah seperti berikut:

 

           

 

YA/S

T/TS

TP

a)       Menerima hakikat tersebut dan berdiam diri

 

 

 

b)       Membantu mereka sedaya upaya dalam kelas

 

 

 

c)       Menasihati mereka supaya pergi ke kelas tambahan

 

 

 

d)       Menasihati mereka suapaya pergi ke kelas tuisyen

 

 

 

e)       Tindakan lain: (sila nyatakan)

 

                       

            ________________________________________
                ________________________________________

                                ________________________________________

                                ________________________________________

                                ________________________________________

           

 

37.   Jika didapati murid lelaki lemah dalam Bahasa Inggeris atau

Bahasa Melayu, tindakan atau pendirian ramai guru adalah

seperti berikut:

 

           

a)       Menerima hakikat tersebut dan berdiam diri

 

 

 

b)       Membantu mereka sedaya upaya dalam kelas

 

 

 

c)       Menasihati mereka supaya pergi ke kelas tambahan

 

 

 

d)       Menasihati mereka supaya pergi ke kelas tuisyen

 

 

 

e)       Melaporkan hal ini kepada guru matapelajaran berkenaan

 

 

 

f)         Tindakan lain: (sila nyatakan)

 

 

________________________________________
                ________________________________________

                ________________________________________

                                ________________________________________

                                ________________________________________

 

38.   Jika murid-murid perempuan menggugurkan matapelajaran Sains atau Matematik, atau bertukar aliran daripada aliran Sains kepada aliran Sastera, guru-guru kurang membantah berbanding murid lelaki yang berbuat demikian

 

 

 

39.   Guru-guru lebih banyak memberi bimbingan kerjaya kepada murid lelaki berbanding murid perempuan

 

 

 

 

 

YA/S

T/TS

TP

40.   Jika murid perempuan menyuarakan cita-cita mereka untuk memilih pekerjaan yang berkaitan dengan sains ramai guru memuji dan menggalakkan mereka

 

 

 

41.   Kaunselor sekolah berpendapat bahawa murid perempuan yang meminati pekerjaan yang biasanya dipegang oleh kaum lelaki, memang memerlukan kaunseling

 

 

 

42.   Kaunselor sekolah berpendapat murid perempuan yang meminati pekerjaaan yang biasanya dipegang oleh kaum perempuan membuat pilihan yang sesuai atau tepat

 

 

 

43.   Guru-guru lebih kerap berinteraksi dengan murid lelaki berbanding murid perempuan, disebabkan murid lelaki sering melanggar disiplin

 

 

 

44.   Murid-murid lelaki menerima lebih banyak kritikan daripada guru berbanding murid perempuan

 

 

 

45.   Guru-guru bertindak tegas terhadap pelanggaran disiplin oleh murid lelaki berbanding pelanggaran disiplin oleh murid perempuan

 

 

 

 

46.   Apabila guru-guru menegur murid disebabkan masalah disiplin,

tindakan mereka adalah seperti berikut:

 

a)       jika murid terlibat adalah perempuan, guru bercakap dengan beliau secara lemah lembut atau secara sulit (tanpa didengar oleh pihak lain)

 

 

 

b)       jika murid terlibat ialah murid lelaki, guru menyatakan sesuatu kepada beliau (misalnya memarahinya) dengan lantang dan kasar di hadapan orang lain

 

 

 

 

 

47.   Murid-murid lelaki lebih kerap berperanan sebagai ketua kelas atau ketua kumpulan dalam kelas

 

 

 

48.   Murid-murid perempuan lebih kerap berperanan sebagai setiausaha, bendahari atau pencatat dalam kelas atau aktiviti kelas

 

 

 

49.   Murid-murid perempuan lebih kerap bertanggungjawab menyapu bilik darjah berbanding murid lelaki

 

 

 

50.   Murid-murid lelaki lebih kerap bertanggungjawab membersihkan tingkap dan papan tulis berbanding murid perempuan

 

 

 

51.   Murid-murid lelaki biasanya diminta membantu dalam kerja-kerja berat atau yang memerlukan tenaga fizikal yang kuat berbanding murid perempuan yang diminta membantu dalam kerja-kerja ringan

 

 

 

52.   Guru-guru sering didapati menyebut bahawa murid lelaki tidak menangis atau tidak harus menangis

 

 

 

53.   Guru-guru sering didapati menyebut bahawa murid perempuan tidak bergaduh atau tidak harus bergaduh

 

 

 

 

 

 

 

 

YA/S

T/TS

TP

54.   Murid lelaki dan murid perempuan biasanya beratur di luar bilik darjah mengikut jantina

 

 

 

55.   Ahli-ahli dalam sesuatu kumpulan bagi tujuan pengajaran atau projek biasanya terdiri daripada hanya satu jantina

 

 

 

56.   Biasanya murid-murid duduk dalam kumpulan masing-masing mengikut jantina dalam kelas

 

 

 

57.   Guru-guru kerap mengadakan pertandingan antara kumpulan berdasarkan jantina (murid lelaki dalam satu kumpulan dan murid perempuan dalam kumpulan lain)

 

 

 

58.   Guru-guru lebih gemar kaedah individu berbanding dengan kaedah kumpulan bagi sesuatu latihan atau aktiviti dalam kelas