TD 5033 : Advanced System Analysis and DesignApril 2000 |
|||
Memo : | |||
MENU | Klik untuk ke Menu Utama | ||
MODUL | Klik untuk ke Bahan Pengajaran | ||
Hubungi : |
ha885@maxis.net | e-mail saya untuk maklumat lanjut | |
Refrences
|
Sistem
Sistem
Sistem
Maklumat
Sistem Maklumat adalah terdiri dari
elemen-elemen manusia, data, prosedur, perkakasan dan perisian
yang saling bekerjasama antara satu sama lain bagi mencapai
matlamat umum sesuatu pengurusan maklumat. Pengurusan Maklumat
termasuklah pengumpulan data, memproses data menjadi maklumat
untuk digunakan oleh sesebuah organisasi bagi membantu dalam
membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan juga digunakan untuk
kawalan.
Peringkat-peringkat
Pengurusan.
Pengurus
Pengurus adalah personel yang bertanggungjawab menggunakan setiap
kemudahan yang terdapat dalam organisasi seperti manusia,
peralatan, maklumat, kewangan dan aset-aset lain untuk mencapai
matlamat organisasi. Semua pengurus pada mana-mana peringkat
adalah individu yang akan membuat keputusan kepada organisasi.
Untuk mencapai matlamat ini seorang pengurus mempunyai lima
fungsi :
Peringkat-Peringkat
Pengurusan.
Pengurusan boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu
Pengurusan Atasan (Pengurus Strategik), Pengurusan Pertengahan
(Pengurus Tektikal) dan Pengurusan Bawahan (Pengurus Operasi).
Kesemua pengurusan tersebut akan melaksanakan kelima-lima tugas
yang dinyatakan di atas. Untuk membolehkan fungsi-fungsi tersebut
dilaksanakan dengan sempurna, maklumat yang bersesuaian perlu
diberikan kepada setiap peringkat pengurusan. Maklumat yang
diperlukan adalah seperti berikut :
Pengurusan Atasan (Pengurus
Strategik)
Pengurus diperingkat ini banyak menggunakan masanya untuk
merancang dan mengorganisasi hala tuju organisasi. Beliau
memrlukan maklumat dalaman dan maklumat luaran. Maklumat dalaman
adalah maklumat yang ringkas tetapi lengkap dan tepat mengenai
semua operasi yang telah dan sedang dilaksanakan disamping
operasi yang akan dilakukan oleh organisasinya. Maklumat
perjalanan operasi membolehkan beliau menjangkakan tahap
pencapaian matlamat organisasi. . Maklumat dalaman membolehkannya
mendapatkan gambaran perjalanan operasi dalaman organisasinya.
Selain dari itu pengurus peringkat atasan juga perlukan maklumat
luaran bagi membolehkannya menilai keperluan semasa, hala tuju
semasa bagi organiasi-organisasi lain, perubahan dalam peraturan
dan polisi kerajaan dan aktiviti luaran yang akan memberi kesan
kepada peranan semasa dan fungsi organisasi supaya lebih dinamik
dan berdaya maju. Maklumat ini juga memberi manfaat kepada
pengurus untuk menentukan keperluan untuk rancangan masa depan
dan keperluan mengubahsuian atau merombak operasi, misi dan visi
organiasasi.
Pengurusan Pertengahan (Pengurus Tektikal)
Pengurus peringkat ini lebih menumpukan kepada membuat
keputusan tektikal dan untuk jangka masa pendek. Beliau membantu
membuat keputusan bagi mencapai matlamat organisasi yang
ditentukan oleh pengurusan atasan. Maklumat dalaman adalah
maklumat yang paling penting bagi pengurusan peringkat ini.
Maklumat yang diperlukan adalah lebih terperinci mengenai
belanjawan, penjadualan dan penilaian prestasi operasi dan staf.
Ia memerlukan maklumat yang lebih lengkap dan berkala untuk
membolehkannya membuat perbandingan hasilan semasa dengan hasilan
terdahulu bagi membolehkannya merancang pengubahsuaian perjalanan
operasi . Dalam pengurusan moden, kebanyakkkan organisasi
mengantikan pengurusan peringkat ini dengan menggunakan kaedah
komputer untuk mengurangkan bilangan pengurus tektikal dan
mengurangkan kos.
Pengurusan Bawahan (Pengurus Operasi)
Pengurus operasi terlibat dengan operasi harian dalam
organisasi. Beliau akan memastikan perjalanan perancangan dari
pengurus tektikal dilaksanakan oleh personel dari peringkat
operasi. Maklumat yang diperlukan oleh pengurus peringkat ini
adalah maklumat semasa mengenai kemajuan perjalanan operasi.
Maklumat lebih berfokus kepada satu operasi. Maklumat ini
datangnya dari sumber di bawah kawalannya seperti inventori,
rekod-rekod terdahulu dan manual prosedur.
Pengurusan
Projek
Pengurusan Projek adalah kaedah koordinasi
dan pemantauan berstruktur bagi semua aktiviti yang terlibat
dalam pembangunan sesuatu projek. Ia diperlukan untuk memastikan
projek yang dijalankan itu menepati matlamat projek, mengikut
jadual masa yang ditentukan dan peruntukan kos (kewangan dan
sumber). Pengurusan Projek dapat mengurangkan risiko kegagalan
sesuatu projek.
Terdapat tiga fungsi utama yang diperlukan untuk pengurusan projek iaitu :
Untuk melaksanakan tugas tersebut satu Kumpulan Pengurusan Projek dibentuk yang terdiri dari :