TD 5033 : Advanced System Analysis
and Design (Assigment 1)13April 2000
|
Memo : |
|
MENU |
Klik untuk ke
Menu Utama |
|
MODUL |
Klik untuk ke
Bahan Pengajaran |
Hubungi :
|
ha885@maxis.net.my |
e-mail saya
untuk maklumat lanjut |

|
Refrences
- Shelly , G.B Cashman, TJ and
Adamski (1991) System Analysis and Design,
Western Publishing Company.
Whitten, J.L., Bently (1998) Systems
Analysis and Design Method (4th
Ed), McGraw Hill
Szymanski, Robert A. (1995) Computer
and Information System, Prentice Hall
Harris, David (1995) System
Analysis and Design: A Project Approach, The
Dryden Pressl
|
Question 1
What is a sytem? Identify an organization
you are familiar with and define its as a system in terms of its
components.
Answer:
Sistem adalah satu set komponen-komponen yang
saling berkaitan dan bekerjasama dalam melaksanakan tugas-tugas
pada persekitaran tertentu bagi mencapai objektif dan matlamat
yang telah ditetapkan.
Konsep sistem digunakan dalam menyelesaikan
masalah dengan mengkaji sifat-sifat umum bagi sesebuah
organisasi. Secara umumnya sistem mempunyai sembilan sifat umum
iaitu :
- Matlamat
- Sempadan
- Komponen
- Perkaitan antara komponen-komponen
- Persekitaran
- Antaramuka
- Input
- Ouput
- Kekangan
Untuk menjelaskan lagi tentang sistem, sebuah
organisasi yang berorientasikan pendidikan iaitu Institut
Perguruan Darulaman, Jitra dipilih. Jadual di bawah menjelaskan
sifat-sifat sistem.
Sifat-sifat sistem
|
Sampel organisasi :
Institut Perguruan
Darulaman, Jitra
|
- Matlamat
|
Mendidik dan
memimpin pelatih-pelatih dan peserta kursus menjadi guru
yang terlatih serta dedikasi. |
Sempadan
|
Lokasi kampus
yang terletak di Bandar Baru Darulaman, Jitra dengan
keluasan 65.5 ekar. |
Komponen
|
Jabatan-jabatan
dan Bahagian Pentadbiran |
Perkaitan
|
Bahagian
Pentadbiran menguruskan pembayaran gaji bagi pensyarah di
Jabatan-jabatan dan elaun bagi pelatih. Jabatan-jabatan merancang perlaksanaan kurikulum
perguruan.
|
Persekitaran
|
Sekolah-sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan
Malaysia |
Antaramuka
|
Borang
Permohonan Perguruan Malaysia atau Borang Permohonan
Berkursus |
Input
|
Pelatih-pelatih
dan peserta kursus |
Ouput
|
Lulusan :
Sijil atau Diploma Pendidikan |
Kekangan
|
Kelengkapan
peralatan dan kemudahan penginapan |
Question 2
Define the levels of managements and their
information systems requirements.
Answer:
Secara umumnya pengurusan boleh dibahagikan
kepada empat peringkat iaitu :
- Pengurusan Atasan
- Pengurus diperingkat ini banyak
menggunakan masanya untuk merancang hala tuju, misi dan
visi organisasi
- Pengurusan Pertengahan
- Pengurus peringkat ini lebih menumpukan
kepada membuat keputusan tektikal dan keputusan jangka
masa pendek. Beliau membantu pengurusan atasan membuat
keputusan bagi mencapai matlamat organisasi.
- Pengurusan Bawahan
- Pengurusan bawahan berfungsi menyelia
perjalanan operasi dan personel dan memastikan
perancangan harian dilaksanakan dengan sempurna.
Pemantauan kepada perlaksanaan operasi harian
membolehkannya membuat keputusan dan mengambil tindakan
pembetulan jika diperlukan.
- Pengurusan Operasi
Pengurus operasi terlibat dengan
operasi harian dalam organisasi. Beliau akan
memastikan perjalanan perancangan dari pengurus
tektikal dilaksanakan oleh personel dari
peringkat operasi.
Maklumat adalah aset dalam organisasi kerana ia
akan membantu organisasi mencapai matlamatnya. Maklumat-maklumat
dalam organisasi perlu diuruskan dengan baik melalui sistem
maklumat tertentu. Sistem maklumat secara umunya boleh
dibahagikan kepada empat kategori iaitu :
- Sistem Maklumat Operasi
- Terdapat beberapa jenis sistem maklumat
operasi yang digunakan dalam urusan harian seperti Sistem
Pemprosesan Transaksi. Dalam perniagaan, transaksi
merupakan perkara penting. Ia temasuklah pembelian,
pesanan, tempahan, jualan, pendaftaran, bayaran dan
penghantaran. Oleh itu sistem maklumat transaksi ialah
sistem maklumat aplikasi yang boleh menyimpan data dan
memproses transaksi perniagaan yang terlibat.
Kadang-kadang ia juga dikenali sebagai Sistem Pemprosesan
Data.
- Sistem Maklumat Pengurusan
- Sistem ini dibangunkan untuk memenuhi
keperluan pengurusan dalam mendapatkan laporan bagi
membantu membuat perancangan. Sistem maklumat ini akan
menghasilkan laporan lengkap, ringkasan laporan dan
laporan kekecualian (exception report). Laporan lengkap
akan digunakan untuk simpanan tentang organisasi.
Ringkasan laporan digunakan untuk menunjukkan hala tuju
dan kemungkinan masalah. Laporan kekecualian adalah
laporan berasaskan kepada sesuatu kriteria atau syarat.
- Sistem Sokongan Keputusan
- Sistem maklumat ini membekalkan maklumat
untuk digunakan bagi menyokong proses membuat keputusan.
Sistem ini akan mengakses maklumat dari kedua-dua sistem
di atas untuk digunakan dalam membuat keputusan. Setelah
maklumat di analisis ia akan memberikan bantuan dalam
membuat keputusan. Jika sistem ini digunakan kepada
pengurusan, ia dikenalai sebagai Sistem Maklumat
Eksekutif (EIS).
- Sistem Pakar
Sistem maklumat yang mengabungkan
pengetahuan dan kepakaran dalam menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan. Maklumat tentang
kepakaran ini akan disimpan untuk membantu
pengurusan yang memerlukan kepakaran tersebut.
maklumat kepakaran ini sukar dicari ganti jika
pakar tersebut tiada. Sistem pakar juga
memerlukan data dan maklumat lengkap yang
kemudiannya akan disimulasikan sebab-sebab dari
pakar-pakar yang menggunakan data dan maklumat
itu dahulu. Sistem ini diperlukan untuk
menyediakan salinan kepakaran dan pengalaman
menyelesaikan masalah bagi pengurusan,
profesional dan hal yang berkaitan dengan
kepakaran teknikal. Sistem pakar meniru atau
menyamai logik dan musabab terjadinya sesuatu
perkara.
Keperluan kepada sistem maklumat bergantung
kepada tanggungjawab dan kedudukan personel dalam organisasi.
Jadual di bawah menunjukkan peringkat pengurusan dan keperluan
kepada sistem maklumat.
Peringkat Pengurusan dan Jenis Maklumat yang
diperlukan
|
Jenis Sistem Maklumat
|
Pengurusan
Atasan: Maklumat yang
diperlukan adalah maklumatdalaman dan maklumat luaran.
Maklumat dalaman adalah maklumat yang ringkas tetapi
lengkap dan tepat mengenai semua operasi yang telah dan
sedang dilaksanakan disamping operasi yang akan dilakukan
oleh organisasinya. Maklumat perjalanan operasi
membolehkan beliau menjangkakan tahap pencapaian matlamat
organisasi. . Maklumat dalaman membolehkannya mendapatkan
gambaran perjalanan operasi dalaman organisasinya. Selain
dari itu pengurus peringkat atasan juga perlukan maklumat
luaran bagi membolehkannya menilai keperluan semasa, hala
tuju semasa bagi organiasi-organisasi lain, perubahan
dalam peraturan dan polisi kerajaan dan aktiviti luaran
yang akan memberi kesan kepada peranan semasa dan fungsi
organisasi supaya lebih dinamik dan berdaya maju.
Maklumat ini juga memberi manfaat kepada pengurus untuk
menentukan keperluan untuk rancangan masa depan dan
keperluan mengubahsuian atau merombak operasi, misi dan
visi organiasasi.
|
- Sistem Maklumat Pengurusan
- Sistem Sokongan Keputusan
|
Pengurusan
Pertengahan: Maklumat dalaman
adalah maklumat yang paling penting bagi pengurusan
peringkat ini. Maklumat yang diperlukan adalah lebih
terperinci mengenai belanjawan, penjadualan dan penilaian
prestasi operasi dan staf. Ia memerlukan maklumat yang
lebih lengkap dan berkala untuk membolehkannya membuat
perbandingan hasilan semasa dengan hasilan terdahulu bagi
membolehkannya merancang pengubahsuaian perjalanan
operasi.
|
- Sistem Maklumat Pengurusan
- Sistem Sokongan Keputusan
|
Pengurusan
Bawahan : Maklumat perjalanan
operasi secara terperinci diperlukan serta laporan
kekecualian dari Sistem Maklumat Pengurusan adalah
maklumat utama untuk membolehkan operasi harian
dilaksanakan dengan lancar
|
- Sistem Maklumat Pengurusan
- Sistem Operasi
|
Pengurusan
Operasi : Maklumat yang
diperlukan oleh pengurus peringkat ini adalah maklumat
semasa mengenai kemajuan perjalanan operasi. Maklumat
lebih berfokus kepada satu operasi. Maklumat ini
datangnya dari sumber di bawah kawalannya seperti
inventori, rekod-rekod terdahulu dan manual prosedur.
|
- Sistem Pakar
- Sistem Operasi
|
Question 3
Explain why there are various ISD
methodologies in the market?
Answer:
Pembangunan sistem maklumat memerlukan
perancangan yang rapi. Untuk menghasilkan sistem maklumat yang
berkesan dan berfaedah kepada organisasi, berbagai metodologi
pembangunan sistem diperkenalkan. Di pasaran terdapat beberapa
metodologi yang sering digunakan seperti SDLC, SSDAM, OOSAD, RAT
dan lain-lain Kepelbagaian metodologi pembangunan sistem maklumat
ini adalah berasaskan kepada faktor-faktor berikut :
- Terdapat dua jenis metodologi dalam
pasaran iaitu metodologi tulin dan metodologi moden.
Metodologi tulin menggunakan semua langkah-langkah dalam
pembangunan sistem mengikut Kitaran Hayat Pembangunan
Sistem (SDLC). Metodologi moden mengunakan kemudahan
alatan dan teknik pembangunan sistem yang dibekalkan oleh
alatan CASE. Metodologi yang berbeza ini memberi peluang
kepada organisasi memilih mengikut kesesuaian dan
keupayaan organisasi tersebut.
- Perkembangan teknologi maklumat
terutamanya teknologi perisian menyediakan kemudahan
menggunakan perisian komputer dalam menganalisis dan
merekabentuk sistem. Selari dengan perkembangan ini,
pelbagai metodologi pembangunan sistem dihasilkan supaya
memberi ruang kepada teknologi maklumat digunakan.
- Terdapat metodologi pembangunan sistem
yang terawal yang masih sesuai digunakan dan telah
digunakan oleh organisasi yang telah mantap. Perubahan
kepada metodologi terbaru menjadikan organisasi terpaksa
memberi latihan pembangunan sistem kepada juru analisis
sistem dalam organisasi tersebut.
- Terdapat metodologi yang membekalkan
peralatan dan teknik yang lebih mudah untuk pembangunan
sistem. Metodologi ini selari dengan perkembangan bahasa
pengaturcaraan komputer yang digunakan untuk rekabentuk
sistem.
Question 4
Define information systems and information
systems development methodology.
Answer
Sistem Maklumat melibatkan data, proses,
manusia, antara muka dan geografi yang saling berkaitan untuk
membantu meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sesuatu
organisasi disamping membantu menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan bagi organisasi tersebut.
Metodologi pembangunan sistem adalah
perlaksanaan secara praktikal dan fizikal pembangunan sesuatu
sistem maklumat yang merangkumi aktiviti-aktiviti bagi setiap
fasa pembangunan sistem, personel-personel yang terlibat, hasilan
dan piawaian kualiti bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan dan
alatan serta teknik yang digunakan.
Question 5
What is meant by SDLC? What are the steps in
SDLC ?
Answer
SDLC adalah singkatan dari Sytem Development
Life Cycle atau Kitar Hayat Pembangunan Sistem. SDLC adalah salah
satu metodologi terawal yang digunakan oleh organisasi dalam
pembangunan sistem maklumat. Metodologi ini membahagikan
pembangunan sistem kepada lima langkah iaitu :
- Mengenalpasti masalah
- Tujuan utama fasa ini adalah untuk
mengenalpasti skop dan keadaan sesuatu masalah dalam
organisasi untuk membolehkan fasa analisis dilakukan.
- Analisis
- Mengkaji sistem semasa dan mendokumenkan
cadangan-cadangan untuk membaiki sistem semasa. Fasa ini
akan menyediakan laporan lengkap mengenai anggaran kos,
keperluan dan alternatif cadangan-cadangan kepada
pengurusan untuk membolehkan pihak pengurusan memilih
cadangan yang terbaik bagi membaiki sistem semasa.
- Rekabentuk
- Fasa menyediakan rekabentuk bagi sistem
yang akan dibangunkan seperti keperluan data-data untuk
input, bentuk output, perisian-perisian untuk
membangunkan sistem dan manual prosedur.
- Pembangunan
- Menyediakan kod pengaturcaraan bagi
sistem, menguji sistem dan mendokumentasikan
operasi-operasi bagi sistem yang dibangunkan. Pihak
pengurusan dan pengguna akan mengkaji sistem untuk
disahkan.
- Perlaksanaan dan penilaian
Fasa yang melibatkan aktiviti
penukaran sistem sama ada menukar terus sistem
semasa dengan sistem cadangan, menggunakan
kedua-dua sistem bersama atau menggunakan sistem
cadangan berperingkat-peringkat dengan
menggekalkan sistem semasa sehingga sistem
cadangan telah mantap dan boleh digunakan.
Selepas dilaksanakan, sistem cadangan perlulah
dinilai. Penilaian sistem dilakukan mengikut
skala masa tertentu untuk menentukan sistem
beroperasi dengan baik, berkesan dan sesuai
dengan matlamat organisasi.
Question 6
What is project management ?
Answer
Pengurusan Projek adalah kaedah koordinasi dan
pemantauan berstruktur bagi semua aktiviti yang terlibat dalam
pembangunan sesuatu projek. Pengurusan projek diperlukan untuk
memastikan projek yang dijalankan itu menepati matlamat projek,
mengikut jadual masa yang ditentukan dan menggunakan peruntukan
kos kewangan dan sumber yang ditetapkan. Koordinasi dan
pemantauan projek akan dapat mengurangkan risiko kegagalan
sesuatu projek.
Terdapat tiga fungsi utama yang diperlukan
untuk pengurusan projek iaitu :
- Perancangan
- Semua aktiviti yang berkaitan ditentukan
jangkamasanya, jujukan aktiviti dan tanggungjawab
personel.
- Pemantauan
- Semua aktiviti yang berkaitan akan diukur
kemajuannya untuk memastikan aktiviti dijalankan mengikut
jadual, masa dan kos yang ditentukan.
- Kawalan sumber
Membandingkan kemajuan
perlaksanaan projek dengan yang dirancang. untuk
mementukan adakah sumber dan jadual projek
digunakan dan perlukan pengubahsuaian.
Question 7
What are the steps in project management ?
Answer
Matlamat utama Pengurusan Projek adalah untuk
memastikan sistem maklumat yang dibangunkan boleh diterima pakai
dan berkesan kepada pengguna dan pembangunan sistem tersebut
menepati jadual masa dan peruntukan kewangan dan sumber yang
ditetapkan. Untuk melaksanakan tugas tersebut satu Kumpulan
Pengurusan Projek dibentuk yang terdiri dari :
- Pengurus Projek
- Pengguna
- Juru Analisa Sistem
- Pengaturcara
- Pakar-pakar lain
Untuk memastikan objektif projek tercapai,
ahli-ahli dalam pengurusan projek perlu terlibat dalam merangka
aktiviti-aktiviti melalui langkah-langkah berikut :
- Perancangan Projek
- Perancangan projek perlu dilakukan untuk
menentukan aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan bagi
setiap fasa pembangunan sistem. Jenis aktiviti ini akan
menentukan keperluan kepada projek tersebut seperti
sumber manusia, kewangan dan jangka masa untuk fasa-fasa
pembangunan sistem. Perancangan yang rapi membolehkan
penagihan tugas dan tanggungjawab kepada ahli-ahli
pengurusan projek dilakukan dengan lebih berkesan.
- Anggaran
- Menentukan masa untuk menyiapkan projek
adalah satu anggaran masa yang rumit kerana ia bergantung
kepada banyak faktor seperti saiz projek, sumber projek
dan kerenah pengguna. Beberapa kaedah digunakan dalam
membuat anggaran masa projek seperti Kaedah Kuantitatif,
Kaedah Pengalaman dan Kaedah Kekangan. Anggaran yang
tepat akan menjimatkan kos dan sumber.
- Penjadualan
- Menentukan susunan aktiviti-aktiviti
projek membolehkan pengurus projek menentukan masa untuk
memulakan dan menamatkan sesuatu aktiviti. Penjadualan
yang lengkap boleh dilakukan menggunakan beberapa kaedah
seperti Carta Gantt, PERT (Program Evaluation Review
Technique) dan CPM (Critical Path Method). Penjadualan
yang baik menjadikan sesuatu projek boleh dilaksanakan
mengikut perancangan, memberi tugas dan tanggungjawab
yang selari dengan kepakaran kepada ahli-ahli pengurusan
projek dan menyiapkan projek mengikut ketetapan masa.
- Pemantauan dan Kawalan
- Tiga peringkat terdahulu perlu disiapkan
sebelum sesuatu projek boleh dimulakan. Setelah projek
bermula, tugas pengurus projek adalah membuat pemantauan
dan kawalan terhadap perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang
dijadualkan. Pemantauan akan memastikan piawaian aktiviti
dipatuhi. Bentuk kawalan yang dilakukan teramsuklah
memberi arahan, memberi motivasi, menilai dan membetulkan
sebarang bentuk aktiviti yang melambatkan perlaksanaan
projek.
- Laporan
Laporan perlu dilakukan oleh
ahli-ahli yang dipertanggungjawabkan kepada
pengurus projek. Pengurus projek pula akan
memberi laporan kemajuan projek kepada pengurus
organisasi dan pengguna. Laporan ini boleh
diperolehi melalui pembentangan status projek
oleh ahli-ahli yang dipertanggungjawabkan atau
melalui mesyuarat berkala yang diadakan.
Question 8
What are the roles and skills of the
analyst?
Answer
Juruanalisis Sistem adalah personel yang
terlibat secara langsung dalam mengenalpasti keperluan,
menganalisis, merekabentuk, membina, melaksanakan, menilai serta
menyenggarakan sistem maklumat.
Secara umumnya peranan juruanalisis sistem
boleh dikategorikan kepada dua iaitu :
- Juruanalisis perniagaan
- Peranannya adalah menganalisis masalah
dalam perniagaan yang tidak bergantung kepada keperluan
analisis teknologi. Dalam hal ini, juruanalisis sistem
berperanan dalam mencadangkan prosedur perniagaan terkini
dan merekabentuk borang-borang untuk memudahkan urusan
perniagaan.
- Juruanalisis aplikasi
- Pakar dan perunding bagi analisis
dan rekabentuk aplikasi yang menggunakan
kemudahan teknologi maklumat dalam pembangunan
sistem. Dalam hal ini juruanalisis sistem
berperanan sebagai pakar teknikal yang terlibat
dalam memilih dan menilai pakej perisian dan
perkakasan, merekabentuk fail-fail komputer serta
memberi latihan penggunaan komputer dan teknologi
komputer kepada pengguna-pengguna.
- Perancang, pengurus dan
koordinator bagi pembangunan sistem maklumat.
Untuk melaksanakan peranan tersebut,
juruanalisis sistem perlulah mempunyai kemahiran-kemahiran
berikut :
- Pengetahuan dan kemahiran Teknologi
Maklumat
- Kemahiran ini diperlukan untuk membolehkan
juruanalasis sistem menerangkan kelebihan dan peluang
yang boleh digunakan dari kemudahan teknologi maklumat
untuk melaksanakan operasi-operasi dalam organisasi.
- Kemahiran Pengaturcaraan Komputer
- Sebagai penghubung antara pembina sistem
dangan pemilik sistem, juruanalisis sistem perlulah
mempunyai kemahiran pengaturcaraan komputer terutamanya
bahasa pengaturcaraan yang popular dan sring digunakan
dalam pembangunan sistem maklumat.
- Pengetahuan Umum Perniagaan
- Oleh kerana sistem amklumnat dibangunkan
untuk kegunaan perniagaan, juruanalisis sistem perlulah
mempunyai pengetahuan umum tentang istilah-istilah
perniagaan, operasi dan keperluan dalam perniagaan. Ini
membolehkannya mudah berinteraksi dengan pakar-pakar
perniagaan dan pemilik perniagaan.
- Kemahiran Penyelesaian Masalah
- Kebolehan menganalisis masalah yang besar
kepada bahagian-bahagian yang kecil dan mencadangkan
alternatif penyelesaian masalah adalah anatara kemahiran
penyelesaian masalah yang perlu dikuasai oleh
juruanalisis sistem.
- Kemahiran Komunikasi
- Komunikasi secara lisan dan bertulis dalam
bahasa bukan teknikal, mempunyai hubungan yang banyak
dengan persekitaran dan organisasi lain adalah antara
elemen penting juruanalisis sistem bagi membolehkannya
berinteraksi dengan berkesan dalam melaksanakan tugasnya.
- Kemahiran Menganalisis dan Merekabentuk
Sistem
- Latihan berterusan dalam analisis dan
rekabentuk sistem membolehkan juruanalisis sistem
mendapatkan konsep, prinsip, alatan dan teknik terkini
dalam metodologi pembangunan sistem.
- Beretika dan Personaliti Tinggi
Juruanalisis mestilah jujur dan
patuh kepada etika kerja, akta rahsia dan
hakcipta. Etika kerja berkualiti dan tanpa cacat
serta budaya kerja cemerlang adalah antara
personaliti yang perlu ada pada juruanalisis
sistem.
Question 9
Why do analyst need to understand the
organization and problem situation?
Answer
- Organisasi diwujudkan untuk mencapai
matlamat tertentu. Kejayaan atau kegagalan sesebuah
organisasi bergantung kepada beberapa faktor antaranya
ialah tenaga manusia yang melaksanakan operasi organisasi
tersebut. Juruanalisis sistem perlu memahami struktur
organisasi, aktiviti dan operasi serta bentuk pengurusan
organisasi. Ini membolehkannya mengkaji secara menyeluruh
keperluan organisasi terutamanya menggunakan maklumat
dalaman untuk merancang sistem tertentu bagi mencapai
matlamat organisasi.
- Membolehkannya mengenalpasti kelemahan dan
kekuatan sistem semasa, sumber dan kemudahan fizikal,
sumber manusia dan kemudahan peralatan dalam organisasi
untuk dijadikan asas pertimbangan kepada entiti-entiti
sistem cadangan.
- Mengurangkan risiko kegagalan sistem dan
memastikan sistem yang akan dicadangkan adalah efisyen
dan sesuai dengan situasi organisasi. Ini membolehkan
satu sistem yang sesuai dengan pengguna dibangunkan
dengan kos yang berpadanan.
- Membolehkan anggaran kos sumber dan
kewangan dilakukan bergantung kepada keupayaan orgnisasi
dan kepakaran yang ada.