TD 5033 : Advanced System Analysis and Design (Assigment 2)22 April 2000


Memo :
  MENU Klik untuk ke Menu Utama
  MODUL Klik untuk ke Bahan Pengajaran

Hubungi :

ha885@maxis.net.my e-mail saya untuk maklumat lanjut

Refrences
  1. Long, Larry E. (1999) Computers (6th Ed), Prentice Hall
  2. Martin. Marley, P. (1995) Analysis and Design for Business Information Systems, Prentice Hall International Editions.
  3. Kenneth C. Laudon, jane Price Laudon (1988) Management Information System, Maxwell McMillan International Editions
  4. Whitten, J.L., Bently (1998) Systems Analysis and Design Method (4th Ed), McGraw Hill
  5. Shelly , G.B Cashman, TJ and Adamski (1991) System Analysis and Design, Western Publishing Company.
  6. Powers, Michael J. (1990) Structured System Development: Analysis, Design, Implementation (2nd Ed), Boyd & Fraser Publishing Company.

CASE TOOL

Question

Desribe what is CASE tool and types/classifications of CASE tools.

For each type/classification, name a few examples of CASE tools and describe briefly what it can do or provide.

 

Answer:

Pengenalan

Perkembangan teknologi maklumat sama ada teknologi perkakasan atau teknologi perisian memberi impak yang besar kepada bidang-bidang lain. Perkembangan ini menjadikan bidang-bidang tertentu seperti perindustrian mengambil kesempatan menggunakan teknologi maklumat dalam urusan harian. Pihak pengurusan menggunakan pakej-pakej perisian komputer dalam membantu mengumpul, menguruskan, mengakses dan menyebarkan maklumat perniagaan mereka. Penghasilan pakej-pakej perisian yang lebih berorientasikan pengguna menjadikan teknologi maklumat pilihan yang efisyen kepada organisasi dan individu-individu yang perlukan bantuan dalam membantu menyelesaikan masalah. Perisian komputer terkini berkembang ke arah lebih mesra pengguna, bersepadu, efisyen dan cepat selari dengan kehendak pengguna. Pembangunan sistem juga menggunakan kemudahan yang diberikan oleh perkembangan teknologi maklumat dalam membantu membangunkan sistem maklumat. Juruanalisis sistem menggunakan kemudahan yang diberikan oleh pakej COMPUTER AIDED SYSTEM ENGINEERING (CASE) dalam aktiviti-aktivit pembangunan sistem maklumat.

 

Masalah-Masalah Juruanalisis Sistem

Juruanalisis sistem adalah personel yang terlibat secara langsung dalam pembangunan sistem. Aktiviti-aktiviti dalam pembangunan sistem melibatkan pengumpulan dokumen, penghasilan rajah, carta dan jadual serta melibatkan rekabentuk yang banyak. Jika juruanalisis sistem masih menggunakan kaedah kertas dan pensil dalam pembangunan sistem, ia akan memberikan beberapa masalah seperti:

  1. Carta-carta yang dihasilkan terpisah dan tidak boleh diguna semula secara bersepadu jika diperlukan untuk menghasilkan sistem yang lain nanti.
  2. Penghasilan carta, jadual dan rajah-rajah secara berulang-ulang dan tidak konsisten. Juruanalisis yang berbeza menghasilkan bentuk yang berbeza dengan piawaian yang berbeza.
  3. Pendokumentasikan semasa sukar dilakukan menjadikan kebanyakkan dokumen dilakukan selepas rekabentuk sistem dan bukannya sebelum rekabentuk dilakukan. Ini menjadikan dokumentasi sistem tidak terurus.

Masalah-masalah di atas boleh dikurangkan jika alatan pembangunan sistem secara berautomasi digunakan. Alatan tersebut akan membantu juruanalisis sistem melaksanakan tugas dengan lebih efisyen, produktif, berkualiti dan mengikut piawaian tertentu.

 

Definisi CASE

Terdapat beberapa variasi akronim bagi CASE. Jadual di bawah menunjukkan akronim yang biasa diberikan untuk CASE.

C

Computer

A

Aided

Assisted

Automated

S

Software

Systems

E

Engineering

 

Terdapat beberapa definisi formal bagi CASE. Antaranya adalah seperti berikut:

    1. Software Engineering Notes (1990) , 'Terminology for Software Engineering and Computer-aided Software Engineering oleh B.Terry & D.Logee, mentakrifkan CASE sebagai : "Individual tools to aid the software developer or project manager during one or more phases of software development (or maintenance)." 
    2. Carma McClure dalam majalah BYTE (April 1989 p235) di bawah tajuk The CASE Experience, mentakrifkan CASE sebagai : "A combination of software tools and structured development methodologies" 

Secara umumnya alatan CASE adalah koleksi dan integrasi secara automasi peralatan-peralatan dan prosedur-prosedur untuk membantu dalam proses pembangunan sistem. Alatan CASE akan membantu juruanalisis sistem, perekabentuk sistem dan pembangun perisian dari peringkat awal pembangunan sistem sehinggalah ke peringkat penyenggaraan sistem tersebut. CASE bukanlah satu metodologi. Ia adalah teknologi yang menyokong metodologi terutamanya strategi dan teknik dan boleh digunakan dalam mana-mana metodologi. Terdapat beberapa alatan CASE yang mengaplikasikan metodologi tertentu dalam pembangunan sistem menjadikan ianya sebagai alatan yang efisyen bagi mengimplimentasikan metodologi tersebut.

 

Sejarah perkembangan CASE

1960an

  • Alatan yang terawal yang digunakan untuk pembangunan perisian ialah pemproses perkataan. Editor teks dalam pemproses perkataan digunakan untuk menghasilkan dokumen spesifikasi sistem dan rekabentuk sistem.
  • 1960an hingga 1970an :

  • Beberapa teknik untuk digunakan dalam pembangunan sistem dihasilkan dan dokumentasi rekabentuk yang dikenali sebagai "structured flow charting" diperkenalkan. Untuk membantu pembangunan sistem, teknik grafik seperti HIPPO- charts Nasic- Schneiderman charts, structured data flow diagrams diperkenalkan dan perisian komputer digunakan.
  • 1980an hingga 1990an

  • Pengenalan kepada spesifikasi, rekabentuk, pengukuran dan pengurusan projek diperkenalkan. Pelbagai teknik difokuskan dalam fasa-fasa pembangunan sistem maklumat. Beberapa alatan perisian dihasilkan.
  • Perkembagan alatan CASE dan kemudahan yang disediakan bertambah mengikut perkembangan perisian. Senarai di bawah menujukkan jenis-jenis alatan tersebut:

    Awal 80's :

    1. Computer aided documentation
    2. Computer aided diagramming
    3. Analysis and design tools.

     

    Pertengahan 80's

    1. Automatic design analysis and checking.
    2. Automated system information repository.

     

    Akhir 80's

    1. Automatic code generation from design specification.
    2. Linking design automation.

     

    Awal 90's 

    1. Intelligent methodology driver.
    2. Habitable user interface reusability as a  development methodology.

    Komponen-komponen Alatan CASE

    Pembangunan dan penyenggaraan sistem maklumat melibatkan pelbagai aktiviti dan ada di antara aktiviti tersebut saling berkaitan antara satu sama lain. Untuk memenuhi keperluan tersebut, alatan CASE mestilah berupaya dan mempunyai komponen-komponen yang sesuai. Secara umumnya produk alatan CASE menpunyai komponen-komponen seperti Alatan melukis gambarajah, Alatan Prototaip, Repositori berpusat, Alatan rekabentuk data, Alatan Pengaturcaraan, Alatan Pengurusan Projek dan Alatan Penyenggaraan sistem.

    1. Alatan melukis gambarajah
    2. Perwakilan gambarajah adalah perwakilan logikal yang mudah difahami dan aliran aktiviti yang terlibat dalam sistem yang akan dihasilkan mudah ditentukan. Fasa analisis dan rekabentuk banyak menggunakan perwakilan gambarajah. Carta aliran, Gambarajah hubungan entiti atau ERD dan Gambarajah Aliran Data atau DFD adalah antara perwakilan gambarajah yang digunakan dalam fasa-fasa tersebut. Alatan CASE menyediakan kemudahan ini. Disamping menyediakan kemudahan melukis dan memaparkan gambarajah, alatan CASE juga menyimpan untuk membolehkan ia diguna semula serta dikemaskinikan .
    3. Alatan Prototaip
    4. Prototaip adalah pendekatan alternatif yang digunakan untuk mengatasi masalah dengan menyediakan model sebelum sistem sebenar dihasilkan. Untuk tujuan prototaip, alatan CASE perlulah mempunyai kemudahan untuk menulis laporan, penjana skrin dan pakej bahasa generasi keempat (4GL's) terutamanya sistem pengurusan pangkalan data (DBMS) serta penjana kod program.
    5. Repositori berpusat
    6. Alatan CASE yang terawal hanyalah membantu menyimpan dokumen-dokumen berbentuk grafik. Ia lebih berfungsi sebagai alatan bantuan melukis bagi menghasilkan carta aliran, rajah perkaitan entiti-entiti (ERD), aliran proses (DFD), carta struktur, carta hiraki dan lain-lain perwakilan grafik yang sukar dihasilkan melalui kaedah manual. Walaupun begitu, dokumentasi tentang spesifikasi, proses, prosedur, borang-borang dan lain-lain dalam bentuk teks masih perlu dintegrasikan bersama perwakilan grafik untuk digunakan sebagai bahan komunikasi mengenai progres dan status projek. Alatan CASE yang terkini mengintegrasikan dokumen grafik dengan dokumen teks dalam satu lokasi yang dikenali sebagai repositori sistem. Secara umumnya alatan CASE perlulah mengandungi penjana grafik, kamus data, pemproses kata dan perekabentuk laporan serta skrin.
    7. Alatan rekabentuk data
    8. Alatan CASE dihasilkan untuk memudahkan pembangunan sistem. Pembangunan sistem pula melibatkan teknik dan aktiviti dan secara umumnya dibahagikan kepada lima fasa iaitu mengenalpasti masalah, analisis, rekabentuk, penghasilan sistem dan implimentasi serta penyenggaraan sistem. Fasa-fasa dalam pembangunan sistem dikenali sebagai kitar hayat pembangunan sistem digunakan sebagai asas dan piawaian. Alatan CASE perlulah membantu juruanalisis sistem menyediakan alatan-alatan bagi setiap fasa kitaran hayat pembangunan sistem. Alatan CASE perlulah menyediakan bantuan untuk permodelan logikal dan fizikal serta proses merekabentuk pangkalan data.
    9. Alatan Pengaturcaraan
    10. Selepas proses permodelan data dan permodelan proses, fasa pembangunan sistem melibatkan proses pengkodan. Untuk tujuan tersebut alatan CASE perlulah menyediakan kemudahan alatan editor menulis kod aturcara, penjana aturcara, penguji kod dan pengesan ralat (penyahpepijat).
    11. Alatan Penyenggaraan sistem
    12. Penyenggaraan melibatkan aktiviti menganalisis dan mendokumentasikan program semasa. Keupayaan ini menjadikan alatan CASE boleh melaksanakan proses reengineering sistem maklumat. Reengineering melibatkan penyenggaraan terhadap sistem maklumat baru selepas ianya digunakan. Terdapat dua jenis reengineering iaitu Forward engineering dan Reverse engineering. Reverse engineering ialah teknik yang digunakan untuk mengubahsuai spesifikasi sistem daripada kod program. Kebanyakkan produk kormesial menganalisis kod program kemudian membina spesifikasi grafik seperti carta hiraki dan carta aliran program tersebut. Forward engineering ialah teknik menghasilkan kod program berasaskan spesifikasi rekabentuk. Kod program dalam teknik ini dihasilkan oleh penjana kod. Kaitan antara kedua-dua teknik ini adalah seperti berikut:
    13.  
    14. Alatan Pengurusan Projek
  • Alatan CASE yang lengkap mengintergrasikan kemudahan untuk membantu proses Pengurusan Projek Di antara komponen yang diperlukan ialah kemudahan untuk merancang, mengesan, mengawal dan menyediakan laporan untuk projek sistem maklumat. Ini termasuklah kemudahn untuk menjanakan penjadualan projek seperti Carta Gantt, Pert dan CPM. Kebanyakkan sistem maklumat dibangunkan oleh satu pasukan pembina sistem. Pasukan ini berkongsi persekitaran kerja. Alatan CASE yang digunakan perlulah memenuhi kehendak perkongsian persekitaran kerja ini. Untuk tujuan tersebut, alatan CASE perlulah :
      1. Repositori yang sama untuk menyimpan maklumat ahli-ahli dalam pasukan tersebut
      2. Kemudahan untuk mendokumetasikan projek dan Pengurusan Projek
      3. Kemudahan untuk berkomunikasi seperti penerima mesej, kalendar dan e-mail
      4. Kemudahan personel seperti outliners, schedulers dan hamparan elektronik
      5. Kemudahan untuk persembahan projek

    Pengkelasan Alatan CASE

    Merujuk kepada keperluan-keperluan yang banyak dalam proses menghasilkan sistem maklumat, perisian-perisian alatan CASE dihasilkan untuk memenuhinya. Berasaskan kepada komponen-komponen alatan CASE di atas, beberapa pengkelasan dilakukan. Pengkelasan alatan CASE bergantung kepada keupayaan dan kemudahan yang disediakan untuk menyokong aktiviti-aktiviti dalam Kitar Hayat Pembangunana Sistem . Secara umumnya terdapat tiga jenis alatan CASE iaitu Upper CASE (Front end CASE), Lower CASE (Back end CASE) dan Integrated CASE (ICASE).

    Rajah di bawah menunjukkan pengkelasan alatan CASE berasakan kepada keupayaannya menyokong kitar hayat pembangunan sistem dan Pengurusan Projek.

    KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM (SDLC)

    PENGURUSAN

    PROJEK

    Perancangan Analisis Rekabentuk

    Logikal

    Rekabentuk

    Fizikal

    Perlaksanaan

    Dan

    Penyenggaraan





    Upper CASE

    Lower CASE

     


    Integrated CASE

    Upper CASE (Front end CASE)

    Alatan CASE jenis ini digunakan oleh pengguna, pengurus dan profesional sistem maklumat sebagai bantuan untuk mengambarkan proses perniagaan dan data-data yang diperlukan untuk melaksanakan proses-proses tersebut.

    Alatan CASE jenis ini boleh membantu untuk merangka aktiviti-aktiviti yang terlibat pada fasa analisis dan fasa awal rekabentuk iaitu di peringkat awal dalam kitar hayat pembangunan sistem. Di antara ciri-ciri alatan CASE ini ialah membekalkan alatan melukis seperti melukis carta aliran, gambarajah perkaitan entiti-entiti (ERD), gambarajah aliran proses (DFD), carta struktur, carta hiraki dan mengendalikan keperluan untuk metodologi berstruktur.

    Terdapat beberapa produk CASE yang dihasilkan yang sesuai dikelaskan sebagai Upper CASE seperti Index Technology's Excelerator, Transform Logic's Design Aid II. Dan Popkin Software's System Architect.

     

    Index Technology's Excelerator

    Alatan CASE ini menyediakan arahan untuk melukis dan memanipulasikan gambarajah aliran proses (DFD). Dengan memilih arahan-arahan di atas Excelerator Workbench, gambarajah DFD yang lengkap boleh dihasilkan. Gambarajah DFD boleh diubahsuai, dipadam, dipindahkan dan dipadankan dengan proses-proses lain dengan menghubungkannya melalui garisan penghubung. Selain dari dipaparkan, ianya juga boleh dicetak, disimpan dalam disket dan dihubungkan kepada kamus data sebagai bahan repositori.

    Lower CASE (Back end CASE)

    Set alatan CASE jenis ini banyak digunakan oleh pembina sistem seperti juruanalisis sistem dan pengaturcara komputer. Alatan CASE jenis ini boleh membantu merangka aktiviti-aktiviti yang terlibat pada rekabentuk iaitu di peringkat yang paling lama dalam kitar hayat pembangunan sistem disamping membantu menterjemahkan spesifikasi sistem kepada kod program. Untuk tujuan tersebut alatan CASE jenis ini berupaya untuk menghasilkan kod aturcara, menguji dan menyelenggara sistem. Komponen yang dibekalkan oleh produk Lower CASE ialah Editor teks, Penyemak sintaksis, Pengkompil, Penjana Kod, Linker, Debug simbolik, Execution profilers dan Penjana Aplikasi.

    Terdapat beberapa produk yang membekalkan alatan Lower CASE seperti Knowledge Ware's Gamma, Pansophic Ssytem's Telon dan Powersoft's Powerbuilder.

    Graphic Designer.

    Graphical designer 2.0 memberikan kemudahan alatan yang menyokong rekabentuk dan proses reengineering. Ini akan membantu mengintegrasikan alatan untuk kitar hayat pembangunan sistem. Terdapat tiga produk ini iaitu Graphical Designer Draw, Graphical Designer Pro dan Graphical Designer Method Builder. Graphical Designer Draw memberikan kemudahan melukis termasuk melukis pallet. Graphical Designer Pro menyokong pelbagai metodologi termasuk menghasilkan kod dan proses reverse engineering. Graphical Designer Method Bulider pula membernarkan pengguna menghasilkan metodologi baru.

    Cayenne Software Inc.

    Cayenne's Software Inc. memberikan kemudahan untuk proses permodelan pangkalan data dan rekabentuk yang berorientasikan analisis objek untuk pembangunan sistem komersial atau teknikal. Produk ini menguruskan fasa pembinaan, penggunaan semula, reverse engineering dan pengujian bagi sistem yang dihasilkan.

    Integrated CASE (ICASE)

    Membantu SDLC termasuk Pengurusan Projek dan menghasilkan kod program secara automatik oleh penjana kod. Integrated CASE membenarkan perkongsian repositori yang mengintegrasikan bersama logik perniagaan dan aplikasi untuk perniagaan. Repositori berautomasi akan menghasilkan dokumen yang sentiasa kemaskini dan dikemaskinikan untuk dikongsi bersama oleh ahli-ahli dalam pasukan Pengurusan Projek. Kemudahan ini menjadikan ICASE boleh melibatkan lebih ramai personel untuk menghasilkan sistem yang lebih efisyen dan berkualiti.

    Terdapat beberapa produk CASE yang dihasilkan oleh Oracle Corportaion's yang boleh dikelaskan sebagai I-CASE seperti Oracles Designer/2000™, Developer/2000™ dan Discoverer/2000™.

    Designer/2000™

    Alatan CASE yang berkonsepkan set sistem model yang membenarkan juruanalisis sistem, pengguna-pengguna dan lain-lain terlibat dalam proses pembangunan sistem untuk menghasilkan rekabentuk formal untuk aplikasi. Maklumat dari Designer dan gambarajah fungsi model akan digunakan untuk menghasilkan model yang akan memenuhi keperluan perniagaan dan keperluan pengguna. Model yang dihasilkan mengandungi user interface, database access, aplication logic dan server logic yang akan digunakan untuk proses pembangunan sistem. Alatan rekabentuknya pula mengandungi templet dan wizard yang akan memudahkan pengguna mengndalikan alatan CASE ini dengan hanya drag- and- drop . Kemudahan WYSIWYG (what you see is wahat you get) pada editor memudahkan pengguna memaparkan bentuk sebenar rekabentuk antaramuka dan rekabentuk skrin.

    Developer/2000™

    Developer adalah ICASE yang mengintegrasikan set builder bagi menjana borang, laporan, carta, carian, pangkalan data dan prosedur yang akan menghasilkan perisian untuk aplikasi berasaskan kepada spesifikasi dan takrifan pangkalan data tanpa perlu menulis walapun sebaris kod aturcara. Set builder boleh melaksanakan tugas tersebut kerana di dalam Developer/2000dibekalkan dengan Sistem Sokongan Keputusan (DSS).

    Discoverer/2000™

    Alatan ICASE ini berguna untuk menghasilkan carian, laporan dan penerbitan Web tanpa perlu menggunakan pengaturcaraan komputer dan memahami struktur pangkalan data. Ini membolehkan transaksi talian terus boleh dilakukan dan pernigaan secara global boleh dilakukan berasakan kepada e-commerce.

    Selain dari produk Oracle, terdapat juga syarikat lain yang menghasilkan produk alatan ICASE seperti Andersen Consulting's Foundation and Knowledge Ware's Information Engeneering Workbench.

    Alatan CASE yang ada di pasaran kini juga mengaplikasikan metodologi pembangunan sistem. Metodologi berstruktur (SSDAM) dan metodologi berorientasikan objek (OOD) adalah di antara metodologi yang diaplikasikan dalam alatan CASE terkini. Berikut adalah ringkasan alatan CASE yang disesuikan dengan metodologi tertentu.

    1. Axiom CASE Suite
    2. Name of tool    : AXIOM/SA

      Author of tool  : Structured Technology Group Inc.

      Methodology     : Structured Analysis (Yourdon- Demarco)

      Platform        : NT 95   UNIX    Win.31  OS/2    MVS

      Description     : With Aixom-SA you can build a detailed structured analysis model, trace how and where each and every requirement is fulfilled, validate the entire model  for consistency and logical integrity and automatically produce accurate and complete requirements documentation.  A real time structured analysis, requirements tracking and automated documentation, production system.

      Name of tool    : AxiomDsn Software Design CASE Tool

      Methodology     : Software Design Model

      Platform        : NT 95   UNIX    Win.31  OS/2    MVS

      Description     : With AixomDsn you can build a detailed software design model, trace how and where each and every requirement is fulfilled validate the entire model for consistency and logical integrity and automatically produce accurate and complete requirements  documentation.  A procedural language software design requirements tracking and automated documentation production system.

      Name of tool    : AxiomSys System Analysis CASE Tool

      Methodology     : Structured Analysis

      Platform              : NT 95   UNIX    Win.31  OS/2    MVS

      Description     : With AxiomSys you can build a detailed structured Analysis model of your system create the architectural designs for the implementation of the system, trace how and where each and every requirements is fulfilled  validate the entire model for consistency  and logical integrity, and  automatically produce accurate and complete requirements documentation.   A real time systemanalysis architecture modelling requirements tracking and automated documentation production system.

    3. Development Assistant by Ristanovic CASE
    4. Name of tool    : Development Assistant

              Author of tool  : Ristanoviz CASE

              Methodology     : Object Oriented 

              Platform        : NT 95   UNIX    Win.31  OS/2    MVS

              Description     : Development assistant has powerful project oriented functions with Development assistant you can think and act on the project  level; everything is available and surveyable on (Right) mouse-click or key-press. Development assistant is especially worthful on large projects software reviews or for the introduction of new staff members.

    5. K-Flow Unified Method Tool
    6. Name of tool    : Goofee Diagrammer CASE (K-Flow)

      Author of tool  : Barry Kauler

      Methodology     : Structured and Object Oriented 

      Platform             : NT 95   UNIX    Win.31  OS/2    VS                                              

      Description     : GOOFEE is a truly unified graphical notation for designing embedded systems.The GOOFEE diagrammer is a GUI program. GOOFEE has very simple graphical  notation and a single window view of the entire analysis design and implementation  process. GOOFEE diagrams model any kind of design, from simple state machines  through structured to the most sophisticated object oriented constructs.

    7. Domain OO CASE Tool by Dirk Vermeersch.
    8. Name of tool    : Object Domain

      Author of tool  : Dirk Vermeersch

      Methodology     : Object Oriented

      Platform        : NT 95   UNIX    Win.31  OS/2    MVS

      Description     : Object Domain is a CASE tool which implements the BOOCH notation as described in Object Analysis and Design with Applications by Grady Booch.  Also it can generate documentation from class diagrams and C++                       source code from the class and module diagrams.

    9. OODesigner A Tool supporting the object model OMT by Taegyun Kim.
    10. Name of tool    : Object Oriented Designer

      Author of tool  : Taegyun Kim

      Methodology     : Object Oriented

      Description     : The object Modelling Technique [OMT] by James Rumbaugh et al is a methodology  for object oriented development with a graphical notation for representing object  oriented concepts.  Object Oriented Designer is a CASE tool for constructing the object diagrams defined in OMT.  Object Oriented Designer has the following primary               functions general graphical editor, Object diagram layoutC++ code skeleton generation  Reverse engineering

    11. OMW/Kappa CASE Tool Overview
    12. Name of tool    : OMW / KAPPA

      Author of tool  : R . Jones

      Methodology     : Object Oriented

      Platform        : NT 95   UNIX    Win.31  OS/2    MVS        

      Description     : OMW is a visual development environment that provides full life-cycle support  from analysis and design through delivery.  OMW is linked to Intellicorps Kappa  applications development tools.  The tools can be used in an interactive manner   to develop simulate and refine an application.  Once the developer is satisfied  with the application the tool can generate code to implement the model.

    13. Playground An object modeling whiteboard for object model builders & experts
    14. Name of tool    : Playground

       Author of tool  : Object Intel

      Methodology     : Object Oriented

      Platform        : NT 95   UNIX    Win.31  OS/2    MVS

      Description     : Playground is an object modelling whiteboard for object model builders and domain experts.  It is a low-cost easy-to-use tool for building object models.  It is especially suited for teams of domain experts and object modellers, working  together during the early stages of a new project.  It is a great way to get started  with building effective models.

    15. Rational Rose Demo A Booch Method Support Tool 
    16. Name of tool    : Rational Rose

      Author of tool  : Grady Booch

      Methodology     : Object Oriented

      Platform        : NT 95   UNIX    Win.31  OS/2    MVS

      Description     : The Rational Rose family supports graphical object modelling of system requirement and of the business process and business objects and necessary to run an enterprise.  The Rational Rose product family can be used with any object-oriented application  construction approach with Rational Rose upon analyse, design and implement systems  so that they are easy to visualise and communicate.

    17. TSER Two Stage Entity Relationship CASE Tool Home Page.

    Name of tool    : Two-stage Entity-Relationship (TSER)

    Methodology     : Object Oriented

    Platform        : NT 95   UNIX    Win.31  OS/2    MVS       

    Description     : TSER system is a information modelling CASE tool encompassing the following generic concept-entity-relationship model object oriented paradigm rule-based method and process representation, to support databases and rule-based systems design.

    Kesimpulan

    Secara umumnya alatan CASE adalah penggunaan teknologi maklumat untuk pembangunan sistem yang meliputi aktiviti-aktiviti, teknik dan metodologi. Penggunaan alatan CASE akan menjadikan proses pembangunan sistem lebih cepat, bersepadu dan meningkatkan kualiti sistem yang dihasilkan.

    Alatan CASE untuk masa hadapan lebih bersifat user-orinted dan user-friendly yang boleh menghasilkan prototaip yang boleh digunakan secara meluas dan menjadi platform untuk menghasilkan sistem amklumat dengan lebih berkualti, cepat dan bersepadu. ICASE masa depan dijangkakan lebih bersifat tidak terlalu teknikal.

     

    Tarikh hantar : 22 April 2000