Bab 7 : Rangkaian Kawasan Setempat


Memo :
  MENU Klik untuk ke Menu Utama
  MODUL Klik untuk ke Bahan Pengajaran

Hubungi :

ha885@maxis.net e-mail saya untuk maklumat lanjut

Rangkaian Komputer

Rangkaian komputer adalah sekumpulan komputer yang dihubungkan bersama untuk membolehkan perkongsian dan pertukaran data boleh dilakukan. Rangkaian komputer boleh melibatkan dalam kelompok yang dekat (LAN), satu kawasan yang sederhana (MAN) atau jarak jauh (WAN).

Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)

LAN adalah rangkaian komputer dalam jarak yang dekat seperti dalam bilik yang sama, dalam satu bangunan atau di antara bangunan yang berhampiran.

LAN hanya menggunakan satu talian komunikasi. Fenomena ini menyebabkan hanya satu data sahaja yang boleh dipindahkan dalam satu masa. Sungguhpun begitu, setiap terminal dalam LAN boleh diakses secara rawak menjadikan LAN dikenali juga sebagai Random Access Network.

Kelebihan LAN

Perkongsian Logikal

Perkongsian Fizikal

Piawaian LAN

Medium Access Contol (MAC) adalah sublayer bagi lapisan Data Link. Piawaian LAN terdapat di bahagian MAC adalah protokol untuk mengakses data dalam LAN. Piawaian yang digunakan untuk LAN ialah Multi Access Protocol (MAP). Di antara protokol LAN yang popular ialah CSMA/CD, Token Ring dan Token Bus

CMSA/CD (Carrier Sense Multiple Access)

Salah satu kaedah capaian data yang digunakan dalam LAN.

Carrier sense merujuk kepada keupayaan setiap terminal 'mendengar' sebelum menghantar frame. Bunyi boleh dikesan di atas talian jika terdapat frame di atasnya.

Multiple Access merujuk kepada terminal boleh mula menghantar data jika talian tiada frame. Keadaan talian tanpa frame di atasnya dikenali sebagai channel tidak sibuk (idle) dan jika terdapat frame di atas talian, ia dikenali sebagai channel sibuk (busy).

Collision Detection merujuk kepada keupayaan untuk mengesan perlanggaran jika terdapat dua frame di atas talian.

Jenis-jenis Operasi CSMA/CD

Terdapat 3 jenis operasi CSMA/CD :

Dalam ketiga-tiga keadaan di atas, terminal akan 'mendengar' sebelum menghantar iaitu proses sense the channel dilakukan terlebih dahulu. Perbezaan hanya berlaku dalam keadaan-keadaan yang ditunjukkan dalam jadual di bawah :

  Keadaan tidak sibuk (idle) Keadaan sibuk Berlaku perlanggaran (collison)
1- Persistent Penghantaran dilakukan Terus 'mendengar' channel sehinggalah keadaan tidak sibuk barulah penghantaran dilakukan Masa rawak digunakan iaitu menunggu sehingga keadaan tidak sibuk barulah penghantaran dilakukan.

(Masa rawak ditentukan oleh CPU)

Non-persistent Penghantaran dilakukan Masa rawak digunakan iaitu menunggu sehingga keadaan tidak sibuk barulah penghantaran dilakukan. Masa rawak digunakan iaitu menunggu sehingga keadaan tidak sibuk barulah penghantaran dilakukan.
P-persistent Penghantaran dilakukan pada masa yang diperuntukan. Walaupun keadaan tidak sibuk penghantaran tidak akan dilakukan jika bukan pada masa yang diperuntukkan. Menunggu sehingga ke masa yang diperuntukkan kemudian sense the channel, jika tidak sibuk penghantaran dilakukan Masa rawak digunakan iaitu menunggu sehingga keadaan tidak sibuk barulah penghantaran dilakukan.Masa ini dikenali sebagai random slotted time

Piawaian LAN diselaraskan oleh IEEE menggunakan nombor perpuluhan untuk mentakrifkan piawaian :

CSMA/CD vs ETHERNET

Disekitar tahaun 1970an, Xeroc, Intel dan DEC memperkenalkan piawaian Ethernet.

Perbezaan antara Ethernet dengan CSMA/CD ialah Ethernet adalah satu piawaian sementara CSMA/CD menggunakan piawaian IEEE 802.3.

Persamaan antara Ethernet dengan CSMA/CD ialah kedua-duanya menggunakan kaedah 1-persistent.

IEEE 802.3 (CSMA/CD)

Kaedah capaian data ini menggunakan spesifikasi Ethernet. Terdapat berbagai variasi dalam IEEE 802.3 yang berbeza dari segi penakrifan kabel, topologi logikal dan topologi fizikal. Walaupun berbagai variasi tetapi masih menggunakan kaedh capaian CSMA/CD. Antara variasi dalam IEEE 802.3 ialah :

  Kabel Jarak (m) Nodes per segmen
10Base5 Coaxial (Thick Ethernet) atau Cheapernet 500 100
10Base2 Coaxial (Thin Ethernet) atau Cheapernet 200 30
10Broad36 Coaxial 3600 1024
10BaseT UTP Cat 3 atau Cat 5 150 1024
100BaseT UTP Cat 5 atau Cat 6 150 1024
10BaseF Fiber optik 2000 1024

Frame Format IEEE802.3

Preamble Start Frame Destination Source Length of field Data Pad Checksum
7 byte 1 byte 2 - 6 byte 2 - 6 byte 0 - 1550 byte 2 byte 0 - 46 byte 4 byte

Dalam Ethernet, Length of field diganti dengan Frame type field.

TOKEN BUS vs TOKEN RING

Ke Atas