
Penuding (Pointer)
MENU
Konsep
Pembolehubah Penuding
Penuding dan Fungsi
Penuding dan Rentetan
Pembolehubah
dan ingatan Komputer
- Data-data dalam komputer disimpan dalam ingatan komputer
(RAM) sebagai kumpulan bit yang mempunyai nilai 0 atau 1.
- Data dari RAM dipindahkan ke pemproses dan sebaliknya
dalam gandaan 8 bit.
- Setiap 8 bit membentuk 1 bait. Setiap 16 bit membentuk
satu perkataan.
- Pengkompil akan menyediakan ruangan dalam ingatan komputer
untuk menyimpan pembolehubah yang diberikan dalam aturcara. Saiz ruangan
tersebut bergantung kepada jenis data yang digunakan. Setiap pembolehubah
tersebut disimpan mengikut alamat tertentu.
- Pembolehubah ini mempunyai kedudukan dan alamatnya sendiri.
- Pembolehubah yang menyimpan alamat sesuatu pembolehubah
lain dipanggil penuding.
Mengesan Kedudukan
Pembolehubah dan Pembolehubah Penuding
- Simbol &
dan nama pembolehubah digunakan bersama bagi memaparkan alamat pembolehubah.
- Alamat pembolehubah dipaparkan dalam bentuk perenambelasan
(kod format %X).
- Nilai alamat pembolehubah x berubah jika aturcara dilaksanakan
pada komputer yang berlainan atau pada masa yang berlainan.
- Saiz ruangan yang diperuntukan bagi setiap pembolehubah
boleh dipaparkan dengan menggunakan fungsi sizeof().
- Pembolehubah yang digunakan untuk menyimpan alamat pembolehubah
lain dipanggil sebagai penuding. Simbol *
digunakan semasa pengisytiharan penuding.
- Dalam aturcara di atas, x ialah pembolehubah jenis integer
sementara px ialah pembolehubah penuding kepada alamat yang menyimpan data
x.
- Kandungan bagi px ialah alamat ingatan bagi pembolehubah
x.
Panggil Fungsi
Melalui Rujukan
- Terdapat dua cara untuk menghantar argumen kepada suatu
fungsi, iaitu melalui :
- Kebanyakan fungsi dipanggil melalui nilai dengan menggunakan
arahan return. Arahan ini akan memulangkan nilai dari fungsi ke pemanggil
fungsi tersebut.
- Walau bagaimanapun, banyak fungsi memerlukan keupayaan
menyunting satu atau lebih pembolehubah pada pemanggil, atau menghantar
penuding ke pada objek data yang besar, maka panggilan melalui rujukan
adalah lebih berkesan. Penggunaan penuding sebagai argument fungsi membolehkan
data-data dikemaskini secara berkesan di dalam fungsi.
Kegunaan Penuding
dalam Rentetan
- Penuding digunakan dengan meluas untuk tujuan pengubahsuai
terutamanya dalam rentetan.
- Berikut beberapa contoh penggunaan penuding dalam rentetan.
- Menukarkan rentetan nptr kepada double endptr iaitu mengisytiharkan
endptr menyimpan alamat kepada satu pembolehubah yang juga menyimpan alamat
satu pembolehubah biasa
- Penggunaan strcmp dan strncmp
- Mencari keujudaan pertama aksara c dalam rentetan s.
Jika ditemui, pulangkan nilai penuding yang merujuki aksara tersebut dalam
rentetan s. Jika tidak wujud, pulangkan NULL.
- Menentukan dan memulangkan panjang 'segment' pertama
rentetan s1 yang mengandungi aksara yang tak wujud dalam s2.
- Menentukan dan memulangkan panjang segment pertama rentetan
s1 yang mengandungi hanya aksara yang wujud dalam s2.
- Mencari keujudan pertama dalam rentetan s1 mana-mana
aksara yang terdapat dalam rentetan s2. Jika aksara tersebut wujud dalam
s2, maka penuding yang merujuki aksara tersebut dalam rentetan s1 akan
dikembalikan. Jika tidak wujud, nilai NULL akan dikembalikan.
- Mencari kewujudan terakhir c dalam rentetan s. Jika dijumpai,
penuding kepada c dalam rentetan s akan dipulangkan. Jika tak wujud, nilai
NULL dikembalikan.
HAK CIPTA TERPELIHARA
MULA
| MENU