
Pengenalan kepada Bahasa C
MENU
Sejarah
Bahasa C
Persekitaran
Bahasa C
Ciri-ciri
Bahasa C
Asas
Bahasa C
Asas Bahasa
C -(Set aksara)
Asas
Bahasa C - (Token)
Struktur
Aturcara C
Pengisytiharan
dan Penakrifan
Sejarah
- 1967 - Martin Richards dari
Universiti Chambridge menghasilkan perisian Basic Combined Programming
Language atau BCPL. Ia digunakan untuk menulis atucara pengoperasian sistem
dan pengkompil.
- 1970 - Ken Thompson mengubahsuai
BCPL menjadi Bahasa B yang kemudiannya digunakan untuk menghasilkan Sistem
Pengoperian UNIX di Bell Laboratories menggunakan komputer DEC PDP-7.
- 1972 - Dennis Ritchie mengubahsuai
Bahasa B menjadi Bahasa C. Bahasa C mula digemari setelah ia berjaya digunakan
dengan meluas untuk mengahasilkan Sistem Pengoperasian UNIX.
- 1978 - Buku 'The C Programming
Language' ditulis oleh Kernighan dan Dennis telah digunakan dengan meluas
dan menjadikan Bahasa C popular
- 1983 - American National
Standards Institute(ANSI) bermesyuarat untuk menyelaraskan penggunaan bahasa
pengaturcraan supaya tidak bergantung kepada jenis komputer. Ia diluluskan
pada tahun 1989.
Persekitaran
Bahasa C
- Editor - membenarkan anda
memasukkan dan menyunting kod sumber C. Contoh Ms-Word, pengedit Turbo
C.
- Prapemproses :Memanipulasikan
fail-fail cakera yang mengandungi definasi dan arahan-arahan yang berlainan
yang berguna kepada pengaturcara dalam keadaan-keadaan tertentu.
- Pengompil: Atur cara yang
menukarkan atur cara C yang anda tulis ( kod sumber) ke dalam kod yang
difahami oleh komputer iaitu kod objek.
- Pemaut : Pemaut akan menggabungkan
kesemua bahagian yang diperlukan (seperti fail perpustakaan) oleh aturcara
C untuk menghasilkan kod perlaksanaan terakhir. Pemaut memainkan peranan
yang penting dan perlu dalam kesemua aturcara C. Bagi atur cara C yang
besar dan panjang, adalah menjadi kebiasaan untuk memecahkan aturcara tersebut
kepada bahagian- bahagian yang lebih kecil, setiap satu dibangunkan dan
diuji secara berasingan. Pemaut kemudiannya akan menggabungkan kesemua
bahagian ini untuk menghasilkan satu kod atur cara perlaksanaan terakhir.
- Pemuat : Sebelum aturcara
dapat dilaksanakan, ia perlu dimuatkan ke dalam ingatan. Pemuat akan mengambil
imej yang dapat dilaksanakan dari dalam cakera dan dimuatkan ke dalam ingatan.
Ciri-ciri asas
C
- Tidak bersandar kepada sesuatu sistem pengoperasian
- Kecil dan mudah dipelajari
- Mirip kepada Pascal- jenis data dan aliran kawalan
- Direka bentuk untuk pengaturcaraan atas-bawah ·
- Membenarkan reka bentuk modular
- Bahasa yang berkesan · Mudah alih dan mudah lentur
·
- Kawalan komputer
Asas Bahasa C
- Elemen-elemen asas dalam aturcara C terdiri daripada
:
- set-set aksara
- Set aksara terdiri daripada 92 aksara. Bahasa C sangat sensitif
terhadap huruf besar (A-Z) dengan huruf kecil (a-z). Oleh itu setiap huruf
ditafsirkan berbeza dalam C.
- token
- suatu elemen bahasa yang digunakan untuk membentuk bahasa peringkat tinggi.
Terdapat enam jenis token iaitu :
- kata kekunci - Kata kekunci
merupakan perkataan-perkataan simpanan dan tidak boleh digunakan sebagai
pencam yang ditakrifkan oleh pengguna. Ia mempunyai makna tertentu kepada
pengkompil. Terdapat 32 kata kekunci dalam C iaitu auto, extern, sizeof,
break, float, static, for, struct, char, goto, switch, const, if, typedef,
continue, int, union, default, long, unsigned, do, register, void, double,
return, volatile, else, short, while, enum, signed, case, main,
- pengecam - Pengecam ialah
nama yang diberikan untuk pelbagai elemen di dalam aturcara seperti nama
pembolehubah. Dikenali juga sebagai perkataan ditakrifkan oleh pengguna.
Nama pengecam mesti unik di dalam skop. Pengecam terdiri dari pembolehubah,
fungsi dan tatasusunan.
- Sifat-sifat pengecam :
- dimula dengan huruf ( A-Z atau a-z)
- Boleh gabungan huruf dan angka tetapi memenuhi syarat
di atas
- Huruf besar dan kecil diterima, tetapi biasanya huruf
kecil
- Huruf besar dan kecil tidak boleh saling bertukar
- Underscore( _ ) boleh digunakan dan dianggap sebagai
huruf dan boleh digunakan sebagai huruf pertama
- Hendaklah satu perkataan dan tidak dipisahkan dengan
aksara khas
- Panjang pengecam biasanya 8 tetapi boleh sehingga 21
aksara ( 8 yang pertama diterima sebagai sama)
- Aksara pertama mestilah huruf atau garis bawah (Underscore)
- Tiada tempat kosong dalam penamaan pengecam
- Pengecam boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
- pengecaman piawai.
- pengecaman pengguna
- fungsi piawai.
- Contoh pengecaman piawai : NULL
- Contoh pengecaman pengguna : Sebarang nama yang diberikan
oleh pengguna . (bukan kata kekunci)
- Contoh fungsi piawai : main(), getchar(), putchar(),
printf(), scanf()
- pemalar - Pemalar ialah
suatu entiti yang terkandung di dalam aturcara dengan nilai tetap. Terdapat
beberapa jenis pemalar iaitu
- Pemalar integer - satu jujukan digit yang boleh ditulis
dengan menggunakan sistem penomboran yang berbeza tanpa mengandungi nilai
pecahan:
- Contoh : desimal: 0 1 9999 oktal : 0 01 0742 hexa : 0x
0X1 0X7FFF
- Pemalar titik terapung- terdiri dari nombor perpuluhan
atau eksponen dengan nilai negatif/positif.
- Pemalar aksara- terdiri dari satu aksara di dalam ' '
dan ianya mempunyai nilai.
- rentetan - Rentetan - terdiri
dari aksara di dalam " "
- Contoh : "hijau" "Beverly Hills"
"$2.50"
- penanda - Penanda atau pemisah
digunakan dengan banyak dalam aturcara C.
- Contoh : array ( [ ]), ( ), { } , struktur kawalan (yang
merupakan simbol koma , ), terminator/koma bertindih(; ) dan case (: )
- pengendali
- Pengendali atau Operator adalah token yang digunakan untuk menghasilkan
hasil pengiraan atau tindakan.
Struktur
aturcara C
- Setiap kod sumber C mestilah mempunyai fungsi main().
Fungsi ini adalah fungsi perlaksana aturcara C.
- Setiap fungsi mestilah mengandungi
- Pra-pemproses - dimula dengan simbol #
- Argumen yang bermula dengan {
- Perisytiharan pembolahubah
- Pernyataan kompaun yang berakhir dengan tanda
- Argumen yang berakhir dengan }
Berikut adalah susunan asas aturcara C
- arahan prapemprosesan
- int main()
- {
- pengisytiharan kenyataan
- }
Contoh :
# include<stdio.h>
/* Ini adalah atur cara C. Ia akan mencetak mesej
pada skrin komputer */
main()
{ printf("Bahasa C : Bahasa Pengaturcaraan Tinggi");
}
Huraian :
#include<stdio.h>
Memberitahu pengkompil untuk memasukkan fail piawai
input/output main Menandakan di mana atur cara C memulakan perlaksanaan.
Diperlukan oleh semua atur cara.
( )
Perlu muncul serta merta selepas perkataan main. Kebiasaannya
maklumat yang akan digunakan oleh atur cara akan dimasukkan ke dalam parentesis
ini.
/* */
Simbol ini adalah opsyen dan digunakan untuk memasukkan
komen. Komen adalah merupakan catatan yang anda gunakan untuk menolong
menjelaskan atur cara tersebut kepada orang lain ( pengguna). Ia diabaikan
oleh pengompil.
;
Setiap pernyataan C mesti berakhir dengan semikolon.
Buat masa ini, anggapkan setiap pernyataan C mengandungi satu perintah
C.
{ }
Kurungan (braces) ini diperlukan dalam semua atur
cara C. Ia menandakan permulaan dan penamat arahan atur cara.
Pengisytiharan
dan Penakrifan
- Pengisytiharan diperlukan untuk menentukan jenis data
sementara penakrifan diperlukan untuk menentukan nilai bagi data yang diisytiharkan.
- Pengisytiharan perlu dilakukan untuk mengetahui :
- bagaimana data disimpan secara dalaman
- apakah operasi yang boleh dilaksanakan ke atas data tersebut
- bagaimana data tersebut diinterpretasikan
- Data boleh diisytiharkan dengan singkatan int, char,
float, double. Data asas tersebut boleh diperbesarkan dengan takrifan
short, long, signed, unsigned.
- Pengisytiharan perlulah dinyatakan selepas { iaitu
sebelum sebarang pernyataan pelaksanaan diadakan.. Contoh Pengisytiharan
int markah; float total_markah; Penakrifan markah = 90; total_markah =
50.5;
- Pengisytiharan dan penakrifan boleh dilakukan serentak.
int markah = 90; float total_markah = 50.5;
- Terdapat 2 jenis pengisytiharan iaitu tunggal dan berbilang.
int a; /* pengisytiharan tunggal */
int a, b, c; /* pengisytiharan berbilang */
int a = 10; /* pengisytiharan dan penakrifan tunggal
*/
HAKCIPTA TERPELIHARA
MULA
| MENU